Seminar dan Perkongsian Pakar ICT (SEKOPI) merupakan acara tahunan anjuran PTM yang menghimpun pakar, profesional, akademik dan penggiat industri ICT dalam sektor awam dan swasta dengan konsep perkongsian ilmu ICT secara santai mengenai topik seperti kecerdasan buatan (AI), pengkomputeran awan, keselamatan siber, Internet of Things (IoT), User Experience (UX) dan lain-lain.
Sasaran peserta SEKOPI 2025 adalah pembentang dan peserta; daripada kalangan warga UKM iaitu staf dan pelajar, dan bukan warga UKM yang terdiri daripada staf Perkhidmatan ICT Universiti Awam (UA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).
Objektif
Mendapatkan pelbagai informasi berkaitan teknologi digital terkini daripada pakar ICT luar secara lebih dekat dan mesra. ii. Menyampaikan maklumat berkaitan kepentingan keselamatan maklumat dan etika penggunaan ICT kepada semua peserta konvensyen khususnya warga UKM melalui pelbagai sumber perkongsian. iii. Menjalinkan hubungan baik antara sesama kakitangan gred F dan B. iv. Mewujudkan peluang jaringan kerjasama di antara industri ICT dengan pihak berkepentingan di UKM. v. Memberi peluang kepada mahasiswa UKM dan mahasiswa UA lain dan IPTS untuk melibatkan diri dalam program bertaraf kebangsaan.