Memperkasakan Pematuhan Peraturan CLASS 2013 melalui Latihan Penyediaan Rekod Pengelasan Bahan Kimia dan Penggunaan CATCH

21 Oktober 2025 – Kumpulan Pengurusan Bahan Kimia (CMRG) telah berjaga menganjurkan sesi latihan teknikal untuk pihak LOTTE Chemical Titan Sdn. Bhd. dengan objektif untuk meningkatkan keupayaan di dalam penyediaan rekod pengelasan mengikut keperluan CLASS 2013 serta melatih peserta di dalam menggunakan sistem CATCH yang telah dibangunkan sebagai salah satu kaedah pengelasan bahan kimia.

Kursus ini melibatkan dua sesi di mana sesi latihan teknikal fizikal telah dijalankan di fasiliti LOTTE Chemical Sdn. Bhd. di Pasir Gudang (8-9 Oktober 2025) bagi memahami asas pengelasan bahan kimia termasuk asas mengenai sistem GHS, perundangan di Malaysia, keperluan Peraturan CLASS 2013, jenis-jenis bahaya dan kaedah penyediaan rekod pengelasan yang betul temasuk dari segi pengiraan dan format pelaporan.

Peserta seterusnya mengikuti latihan atas talian pada 21 Oktober 2025 mengenai sistem CATCH, iaitu sistem yang di bina oleh kumpulan penyelidik CMRG bagi membantu membuat pengelasan bahan kimia secara atas talian dengan lebih mudah dan pantas. Kursus ini telah diberikan oleh Prof. ChM. Dr. Goh Choo Ta dan En. Mahathir Amir dan dihadiri oleh 25 orang kakitangan LOTTE Chemical Sdn. Bhd.

Kursus latihan teknikal dan latihan online ini merupakan kesinambungan kepada latihan siri 1 yang telah diadakan pada 2024. Kursus siri 1 telah melatih hampir 40 orang dan penganjuran siri kedua ini membuktikan kejayaan pasukan penyelidikan CMRG selaku penyedia latihan teknikal di dalam bidang pengurusan bahan kimia memenuhi keperluan pihak industri di dalam pematuhan peraturan CLASS 2013.

 

Disediakan oleh Mohamad Mahathir Amir Sultan
21 Oktober 2025