Bengkel Persiapan Bicara Perdana Naib Canselor UKM Tahun 2024

Pusat Strategi UKM telah menganjurkan Bengkel Persiapan Bicara Perdana Naib Canselor UKM Tahun 2024 yang berlangsung di Bangi Resort Hotel pada 6 Februari 2024.

Ucapan aluan disampaikan oleh Naib Canselor, YBhg. Prof. Dato’ Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman.

Bengkel ini membincangkan tentang konsep dan kandungan teks serta slaid pembentangan YBhg. Dato’ Naib Canselor untuk program tahunan universiti yang diselaraskan oleh Pusat Strategi iaitu Bicara Perdana Naib Canselor UKM Tahun 2024 yang akan diadakan pada 6 Mac 2024, bertempat di DECTAR, UKM.

Pusat Strategi UKM selaku urus setia mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada semua yang hadir.

Similar Posts