PENGENALAN
Persatuan Wanita Universiti (UKM) atau lebih dikenali sebagai SUKMANITA telah didaftarkan pada 23 Mac 1982.
Ahli-ahli SUKMANITA terdiri daripada kakitangan wanita UKM dan isteri kakitangan UKM.
Persatuan sukarela ini bergiat dalam aktiviti-aktiviti kebajikan, keagamaan, kesihatan, pendidikan dan kemasyarakatan.
PERANAN
Menjadi sebuah badan yang mewakili kakitangan wanita dan isteri kakitangan yang bertugas dengan Universiti (Akademik/Am)
Menjadi sebuah badan perundingan semua perkara berkenaan kebajikan dan kepentingan ahli-ahli.
Memberi sumbangan untuk perkembangan dan kemajuan Universiti.
Memberi bantuan kepada anak-anak yatim/fakir miskin/golongan kurang upaya/siswa/siswi yang memerlukan bantuan.
Memberi Biasiswa Kecil kepada pelajar sekolah menengah, Dana Siswi kepada mahasiswi dan menganjurkan Tabung Siswa/Siswi Kurang Upaya.
Menganjur aktiviti-aktiviti bagi menggalakkan minat untuk kesuburan rohani, jasmani, ekonomi dan kemasyarakatan.
Bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Universiti dalam hal-hal yang berkaitan dengan kepentingan ahli.
LOGO