PENGENALAN Persatuan Wanita Universiti (UKM) atau lebih dikenali sebagai SUKMANITA telah didaftarkan pada 23 Mac 1982.Ahli-ahli SUKMANITA terdiri daripada kakitangan wanita UKM dan isteri kakitangan UKM.Persatuan sukarela ini bergiat dalam aktiviti-aktiviti kebajikan, keagamaan, kesihatan, pendidikan dan kemasyarakatan. PERANAN Menjadi sebuah badan yang mewakili kakitangan wanita dan isteri kakitangan yang bertugas dengan Universiti (Akademik/Am) Menjadi sebuah badan perundingan semua perkara berkenaan kebajikan dan kepentingan ahli-ahli. Memberi sumbangan untuk perkembangan dan kemajuan Universiti. Memberi bantuan kepada anak-anak yatim/fakir miskin/golongan kurang upaya/siswa/siswi yang memerlukan bantuan. Memberi Biasiswa Kecil kepada pelajar sekolah menengah, Dana Siswi kepada mahasiswi dan menganjurkan Tabung Siswa/Siswi Kurang Upaya. Menganjur aktiviti-aktiviti bagi menggalakkan minat untuk kesuburan rohani, jasmani, ekonomi dan kemasyarakatan. Bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Universiti dalam hal-hal yang berkaitan dengan kepentingan ahli. LOGO Logo SUKMANITA menggunakan sekuntum bunga tulip berwarna kuning. Pakaian seragam untuk ahli SUKMANITA ialah bermotifkan bunga-bunga tulip.