Unit Sumber Haiwan Makmal

 Fakulti Perubatan UKM

JAMUAN RAYA UNIT SUMBER HAIWAN MAKMAL FPER UKM

12 Mei 2022, Unit Sumber Haiwan Makmal telah menganjurkan Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2022 bertempat di pejabat utama dengan menjemput mantan-mantan kakitangan yang pernah berkhidmat bersama-sama di USHM. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Ketua Unit Prof. Madya Dr. Azman Abdullah dengan mengalu-alukan kedatangan mantan-mantan kakitangan dan ucapan terima kasih kepada semua kakitangan unit kerana menjayakan majlis dan diteruskan dengan ucapan En. Mohd Imran sebagai wakil kakitangan USHM. Seterusnya majlis menjemput En. Shahril Azwan  untuk memimpin bacaan doa dan memberkati lagi majlis. Kerjasama daripada semua kakitangan amat baik bagi menjayakan Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri ini.