Unit Sumber Haiwan Makmal

 Fakulti Perubatan UKM

PEMBEKALAN

 
 

Peringatan untuk pemohon:

1. USHM akan mengenakan caj kepada warga UKM dan pemohon dari luar mengikut kadar yang ditetapkan (Sila lihat senarai di bawah).
2. Borang BPH-2017A Bil 2/2023 hendaklah dihantar ke USHM sekurang-kurangnya SATU (1) BULAN sebelum tarikh pesanan kecuali sekiranya bekalan dalaman atau stok semasa adalah mencukupi.
3. Haiwan hanya akan dibiakkan / disediakan setelah borang BPH-2017A Bil 2/2023 ini diterima oleh USHM.
4. Pesanan AKAN DIBATALKAN dan CAJ PENUH (mengikut jumlah pesanan) akan dikenakan terhadap pemohon sekiranya haiwan yang telah disediakan tidak diambil SATU (1) MINGGU selepas tarikh pesanan (Rujuk perkara 1.5).
5. Pemohon digalakkan berhubung dengan USHM sebelum mengisi borang BPH-2017A Bil 2/2023 (Tel: 92895087, 92895091, 92895086).
6. Pembekalan haiwan kepada pihak luar adalah bergantung kepada stok LEBIHAN SAHAJA, pemohon perlu menghubungi USHM untuk kepastian sebelum membuat sebarang pesanan.

Nota:

Sebarang permintaan bagi perkhidmatan khusus hendaklah dirujuk terlebih dahulu bagi rundingan dan penyediaan sebutharga.
Harga di atas berkuatkuasa pada 21hb. Julai 2020. Sebarang perubahan harga akan diberitahu kelak. Untuk kepastian sila hubungi USHM di talian:

 03-92895087 / 03-92895091.