Unit Sumber Haiwan Makmal

 Fakulti Perubatan UKM

LAWATAN DEKAN FAKULTI PERUBATAN – 30 DISEMBER 2022

30 Disember 2022 – Dekan Fakulti Perubatan  Prof. Dr. Abdul Halim Bin Abdul Gafor bersama Ketua Pentadbiran Pn. Khairatul Nadia Ramli dan Pn Suhada Mansor telah datang membuat lawatan ke Unit Sumber Haiwan Makmal Fakulti Perubatan UKM. Tujuan lawatan Prof Dekan adalah untuk meramah mesra serta melihat sendiri USHM yang terletak di Jalan Temerloh Kuala Lumpur. Dalam lawatan yang sama Prof Dekan di maklumkan berkenaan permasalahan dan permintaan kakitangan USHM bagi meningkatkan lagi mutu perkhidmatan USHM kepada Fakulti dan Universiti. Lawatan diiringi oleh Ketua Penyelaras USHM Pof. Madya Dr. Azman Bin Abdullah, Pengurus Unit En Mohd Imran dan kakitangan USHM.