VCUBE – SIDANG VIDEO DALAM TALIAN

Vcube atau boleh juga dikenali sebagai sistem sidang video atas talian adalah sistem yang dibangunkan oleh syarikat V-cube, Inc yang beribu pejabat di Osaka, Jepun. Syarikat V-cube Inc mempunyai beberapa pejabat di negara-negara lain seperti Hongkong, China, USA, Malaysia serta beberapa negara lain.

vcube2

 

 

 

 

 

Vcube merupakan sistem sidang video atas talian berasaskan web. Sistem berasaskan web bermaksud sistem atau perisian yang digunakan pada pelayar web, pengguna tidak perlu membuat pemasangan(installation) daripada cakera padat atau memuat turun perisian tersebut dari internet dan juga tidak perlu kisah jika perisian/sistem tersebut memerlukan naik taraf(upgrade). Contoh perisian yang berasaskan web adalah perbankan atas talian dan e-mel.

Perkhidmatan Vcube disediakan oleh pihak Pusat Teknologi Maklumat UKM bertujuan memudahkan para penyelidik, pensyarah dan pelajar untuk membuat perbincangan, mesyuarat, pengajaran dan lain-lain aktiviti yang bersesuaian. Sistem Vcube berupaya beroperasi 7 hari seminggu dan 24 jam sehari secara tidak langsung memudahkan untuk berinteraksi dimana jua tempat sama ada dalam negeri atau luar negara, tidak mengira waktu.

vcube3

 

 

 

 

 

 

 

Secara amnya Vcube memberi kemudahan kepada penggunanya untuk membuat sesi sidang video atas talian dari beberapa tempat yang berbeza. Teknologinya yang unik membolehkan penggunanya berkomunikasi menggunakan video, audio dan data menerusi internet tetapi memerlukan perkakasan seperti web cam dan mikrofon. Vcube berupaya untuk beroperasi sama ada menggunakan sistem pengoperasian Windows, Mac,Android ataupun beberapa jenis Linux distro.

Di dalam sistem Vcube terdapat beberapa fungsi yang memboleh penggunanya berbualsecara teks, komunikasi video dan audio, berkongsi fail, muat naik dokumen dan berkongsi  komputer. Semua fungsi hanya boleh digunakan oleh 10 pengguna aktif. Fungsi-fungsi yang terdapat di dalam sistem vcube memudahkan lagi perbicangan atau mesyuarat untuk diadakan secara atas talian. Contohnya perkongsian fail yang membolehkan fail yang dimuat naik oleh peserta dimuat turun oleh semua pengguna di dalam sesi sidang video tersebut. Selain itu terdapat fungsi muat naik dokumen untuk paparan semua pengguna, contoh fail yang sesuai seperti slide power point, dokumen word atau dokumen adobe pdf.

vcube4

 

 

 

 

 

 

 

 

Sistem Vcube mempunyai dua kategori pengguna iaitu participants (dikategorikan sebagai pengguna aktif) yang boleh mencapai sehingga 10 peserta manakala audience (dikategorikan sebagai pengguna pasif) juga boleh mencapai sehingga 10 peserta.

Kedua-dua kategori penguna ini memerlukan jemputan e-mel dari admin untuk menyertai sesi yang telah dijadualkan. Pengguna hanya perlu klik link yang diberi pada e-mel. Penerangan lain mengenai perkhidmatan Vcube juga diberi pada emel tersebut. Participants boleh menggunakan semua fungsi (chatting, file sharing, file upload dan lain-lain) yang terdapat di dalam Vcube manakala audience tidak boleh menggunakan kebanyakan fungsi yang terdapat di dalam Vcube kecuali dibenarkan oleh Participants. Audience digelar pengguna pasif manakala participants digelar pengguna aktif.

 

Disediakan oleh : Mohd Sharhan  PTM http://credit-n.ru/zaymyi-next.html

(Visited 765 times, 1 visits today)

One thought on “VCUBE – SIDANG VIDEO DALAM TALIAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *