KOLEJ KERIS MAS

 Mencipta Kelainan, Mencabar Kelaziman

FAQs

FAQs

Soalan Lazim

  1. Apakah sejarah penubuhan KKM?

    PADA TAHUN 1994, Kertas Kerja mengenai Dasar Perumahan Universiti telah dibentangkan.Termeterailah perjanjian antara Pertubuhan Alumni melalui anak syarikatnya, Alumni UKM-PMD Sdn. Bhd. Dengan pihak university untuk membina sebuah kamsis swasta yang pertama di Malaysia.

    PADA 6 JANUARI 1997, Pembinaan bermula dan dijangka siap pada 1-Jan 1999. Walaubagaimanapun pembinaan tergendala kerana kegawatan ekonomi yang melanda negara pada pertengahan 1997.

    PADA TAHUN 1998, Pelajar mula menduduki Kamsis Alumni pada sesi 98/99 dengan seramai 500 orang yang diluruskan oleh pihak pemaju.

    PADA SESI 1999/2000, kamsis ini bertukar namanya dari Kamsis Alumni kepada Kolej Alumni memandangkan jumlah penghuninya telah melebihi 2500 orang pelajar.

    PADA 22 JULAI 1999,Pihak universiti terpaksa mengambil alih pengurusan Kolej Alumni.Pada masa yang sama Pengetua Kolej Alumni pada masa itu iaitu Prof. Madya Dr. Mohammed Yusoff Hussain yang dilantik sebagai Ketua Pengawai Eksekutif Kolej Alumni.

    PADA 20 DISEMBER 1999,Pihak kolej menerima pengetua baru iaitu Prof. Madya Dr. Idirs Zakaria dan terpaksa berhadapan dengan kerenah pihak pemaju yang mahu mengurus semula kolej mereka.

    PADA 1 MAC 2000 1999,Pihak pemaju mengambil alih urusan penyelenggaran kolej manakala pihak universiti hanya menguruskan hal berkaitan pengurus am kolej dan pelajar sahaja.

    PADA BULAN JUN 2000,Pihak universiti telah mengambil alih pengurusan kolej sepenuhnya.

    PADA 15 NOVEMBER 2006,Kolej Keris Mas dirasmikan.

  2. Di manakah lokasi KKM?

    KKM yang berada di Kampus Induk Bangi terletak dalam lingkungan Multimedia Super Corridor (MSC), berhampiran Putrajaya dan Cyberjaya yang menjadi pemangkin KKM ke arah pembangunan teknologi maklumat.

    Kemudahan Lebuhraya Utara-Selatan, perkhidmatan komuter dan bas memudahkan perjalanan ke Kolej Keris Mas bagi para pelajar dan mereka yang ingin mengunjungi kolej ini.

    Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang pula mendekatkan lagi KKM ini dengan dunia antarabangsa.

  3. Apakah matlamat KKM dalam mendidik para pelajar?

    Kolej Keris Mas bertekad menjadi kolej yang terbilang dalam pembentukan generasi pelajar yang terkehadapan dari segi sahsiah dan pengetahuan untuk pembangunan Negara.

    Dengan asas yang mantap ini, KKM tampil dengan citra baru dalam menyediakan perkhidmatan yang cekap dan bersistematik secara berterusan, kemudahan yang berkualiti dan persekitaran yang kondusif bagi membina generasi pelajar yang berilmu dan berkebolehan.

  4. Apakah kemudahan asas yang disediakan oleh KKM?

    Di dalam memastikan persekitaran asrama yang kondusif dan harmoni, pelbagai kemudahan telah disediakan untuk warga kolej.

    Pelbagai aktiviti turut diadakan dengan matlamat untuk melahirkan pelajar cemerlang dari aspek fizikal dan mental.

    Antara kemudahan yang disediakan adalah seperti perpustakaan, internet dan teknologi maklumat, keselamatan, sukan dan rekreasi, khidmat kaunseling, kelab & persatuan pelajar, kemudahan koperas dan kafetaria.

  5. Siapakah yang boleh dihubungi sekiranya saya ingin berurusan dengan pihak KKM?

    Pejabat Kolej Keris Mas,
    Universiti Kebangsaan Malaysia
    43600 UKM, Bangi, Selangor Darul Ehsan

    Tel: 603 8921 4011
    Laman Web : https://www.ukm.my/kkm
    Facebook : Kolej Keris Mas, UKM