TINTA PENGETUA DAN PENGURUSAN
BARISAN PENGURUSAN KOLEJ KERIS MAS SESI 2022/2023
Bersyukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurniaNya, laman web KKM telah berjaya disiapkan dan dirasmikan pada 1 Februari 2009.
Sesungguhnya objektif utama terhasilnya laman web ini adalah sebagai satu kemudahan untuk berinteraksi dan berkomunikasi pada zaman ini selaras dengan perkembangan teknologi maklumat yang kian pesat membangun. Semoga dengan kemudahan yang diberikan ini dapat digunakan sebaik mungkin oleh warga Kolej Keris Mas.
Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat datang dan tahniah kepada para pelajar yang baru mendaftar di KKM ini. Kami dengan lapang dada dan berbesar hati menerima kedatangan para pelajar sekalian.
Akhir kata, saya juga ingin mengambil kesempatan di sini untuk mungucapkan “Selamat Menjalani Kehidupan Mahasiswa” kepada para pelajar sekalian. Pelajar sekalian merupakan bakal graduan berasaskan ilmu pengetahuan yang amat diperlukan oleh negara. Saya mendoakan agar para pelajar sekalian mencapai kejayaan yang cemerlang.
Prof. Madya Dr. Hamidun Bin Bunawan
______________________________________________________________________________
KETUA PENTADBIRAN KOLEJ KERIS MAS
Assalammualaikum dan “Selamat Datang” ke laman web rasmi Kolej Keris Mas, Universiti Kebangsaan Malaysia. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah s.w.t kerana dengan limpah kurniaNya laman web ini berjaya dikemaskini semula.
Saya berbesar hati dan sukacita mengalu-alukan anda semua ke laman web kami. Laman web ini merupakan sebahagian kecil usaha memberikan kemudahan kepada semua yang ingin memperolehi sebarang info atau perkembangan berkait Kolej Keris Mas ini.
Dalam usaha menjadikan Kolej Keris Mas sebagai sebuah kediaman pelajar yang kondusif, kami sentiasa berusaha mempertingkatkan mutu pengurusan dari semasa ke semasa.
Maka, adalah menjadi satu keperluan bagi kami untuk lebih cemerlang dalam menjadi rujukan kepada semua. Semoga laman web rasimi kami ini dapat memberi pendedahan maklumat secukupnya kepada mereka yang memerlukan.
Selain pendedahan tersebut, diharap laman web ini juga dapat mempertingkatkan daya penyampaian maklumat dan perkhidmatan kepada pihak tertentu khususnya pelajar untuk mengikuti perkembangan dan makluman semasa mengenai kolej.
Sebelum mengakhiri kata-kata ini, saya ingin ucapkan syabas dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam pengemaskinian laman web rasmi Kolej Keris Mas.
En. Muhammad Fitri Azman
Ketua Pentadbiran Kolej