Selamat Datang Ke MAP
Hasil penyelidikan yang bermutu pastinya terhasil daripada kombinasi para penyelidik yang berkualiti dan penggunaan teknologi instrumentasi terkini, terutama sekali dalam bidang sains dan teknologi. Bagi memenuhi keperluan tersebut, Makmal Analisis Permukaan (MAP) UKM menyediakan khidmat analisis permukaan melalui beberapa instrumen berteknologi tinggi yang diletakkan di bawah penyeliaan makmal ini.
Makmal Analisis Permukaan (MAP) UKM ini telah membuka ruang yang lebih luas kepada para penyelidik dari dalam dan luar UKM untuk menerbitkan hasil penyelidikan yang lebih berkualiti berdasarkan intepertasi data daripada instrumen berteknologi tinggi milik UKM ini.
