Assalammualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,
Selamat datang kepada semua pengunjung laman web Makmal Analisis Permukaan Termaju (MAP). Saya amat berbesar hati dan sukacita mengalu-alukan anda semua ke web kami. Web ini merupakan salah satu usaha kami untuk menghubungkan MAP dengan dunia luar dan juga sebaliknya.
MAP merupakan makmal penyelidikan yang ditubuhkan dalam usaha untuk menyediakan kemudahan instrumentasi yang berkualiti bagi menampung keperluan bidang penyelidikan dari dalam dan luar UKM disamping memberi perkhidmatan yang diperlukan oleh industri.
MAP berazam menjadi sebuah makmal instrumentasi terbaik dengan memberi perkhidmatan yang memuaskan hati pelanggan kami . MAP mempunyai instrumen berteknologi tinggi dibawah seliaannya seperti Spektrometer Auger Elektron, Spektrometer Fotoelektron Sinar-X dan Spektrometer Nyahcas Marak. Langkah ini selaras dengan status UKM sebagai universiti penyelidikan.
Saya berharap portal ini akan dijadikan pintu masuk untuk membolehkan anda melihat MAP secara keseluruhan. Saya mengalu-alukan pandangan dan kritikan yang membina untuk memantapkan lagi perkhidmatan yang disediakan.
Terima Kasih.
DR. NORINSAN KAMIL BIN OTHMAN
