SPEKTROMETER AUGER ELEKTRON DAN XPS
Kedua-dua instrumen ini menawarkan perkhidmatan analisis permukaan menggunakan teknologi Spektroskopi Fotoelektron Sinar-X. Hanya untuk sampel pepejal dan serbuk sahaja. Saiz sampel pepejal adalah tidak melebihi 10x10x5mm. Manakala berat sampel serbuk pula tidak kurang dari 1 gram dan tahan pada vakum tinggi.
Pengguna dalaman UKM perlu mengisi borang dan hantarkan bersama sampel ke Makmal Analisis Permukaan Termaju (MAP) UKM. Borang boleh diperolehi pada pautan berikut:-
Borang bagi pengguna Prasiswazah UKM.
Borang bagi pengguna Siswazah/Kakitangan UKM.
Pengguna luar UKM pula perlu membuat permohonan secara bertulis untuk menetapkan tarikh temujanji. Data analisis boleh diperolehi dalam tempoh 10 hari bekerja dari tarikh borang diterima.
