Kerja Lapangan Kajian Awal Rehabilitasi Sungai Kuala Melaka untuk Pemeliharaan Kelip-kelip bagi Tujuan Pelancongan

Anjuran: Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Fakulti Sains dan Teknologi (FST-UKM) dan Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL-UKM)

Tarikh: 17 – 18 November 2021

Tempat: Sungai Kuala Melaka, Kg. Kuala Muda, Langkawi

Pada 17 dan 18 November yang lalu, satu kerja lapangan telah dijalankan di Sg. Kuala Melaka, Kg. Kuala Muda, Langkawi, yang mana dahulunya dikenali sebagai “River Park Langkawi”. Kerja lapangan ini adalah merupakan kajian awal rehabilitasi Sungai Kuala Melaka untuk pemeliharaan kelip-kelip. Kajian ini termasuklah mengenalpasti spesis-spesis kelip-kelip yang telah sedia ada, serta pengenalpastian jenis vegetasi, iaitu pokok peragaan bagi kelip-kelip yang terdapat di lokasi. Tujuan utama kajian ini adalah sebagai asas dalam perancangan pembangunan di Sungai Kuala Melaka yang mana “acara melihat kelip-kelip” ini boleh dijadikan suatu tarikan baharu pelancongan di Langkawi UNESCO Global Geopark (LUGGp). Pakar penyelidik yang terlibat adalah Prof. Madya Dr. Norela Sulaiman (Ketua Pusat Penyelidikan Bukit Fraser, UKM) dan Dr. Shamsul Khamis (Felo Bersekutu PPL-UKM). Turut serta membantu sepanjang kajian dijalankan adalah kakitangan-kakitangan daripada Bahagian Pelancongan LADA serta PPL-UKM.

Laporan disediakan oleh: Nik Mohd Noor Faizul Md. Saad & Asbiyatulaida Derahman