Kerja Lapangan Persampelan dan Penyediaan Sampel Batuan

Anjuran: Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL)

Tarikh: 21 Julai 2019

Tempat: Sekitar Pulau Langkawi, Kedah.

Kerja lapangan persampelan dan penyediaan sampel batuan yang diketuai oleh Dr. Tanot Unjah, iaitu selaku Ketua Program Warisan Geologi dan Landskap Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL) telah dijalankan pada 21 Julai 2019. Kerja lapangan ini adalah bertujuan mendapatkan sampel pelbagai jenis batuan untuk pameran di Discovery Centre Langkawi UNESCO Global Geopark (LUGGp) serta bagi persediaan menghadapi Penilaian Semula LUGGp 2019 yang ketiga pada 7 hingga 11 Ogos nanti. Contoh batuan termasuklah daripada jenis formasi Machinchang, Setul, Singa, Chuping serta Granit. Turut membantu bagi persampelan batuan ini adalah kakitangan dan pelajar Latihan Industri (LI) PPL.

Laporan oleh Asbiyatulaida binti Derahman.