Lawatan oleh Pelajar Junior Geo-Guide Sekolah Kebangsaan Bayas, Langkawi

Anjuran: Sekolah Kebangsaan (SK) Bayas, Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL)

Tarikh: 31 Oktober 2019

Tempat: Makmal dan Galeri Penyelidikan PPL, Langkawi, Kedah.

Bersempena Program Junior Geo-Guide yang dianjurkan oleh Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), para pelajar yang terpilih daripada Sekolah Kebangsaan (SK) Bayas telah dibawa melawat ke Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL) serta lawatan mangrove tour di Kubang Badak. Semasa di PPL, para pelajar dibawa melawat ke Galeri Penyelidikan dan diberikan penerangan ringkas berkenaan PPL dan Langkawi UNESCO Global Geopark (LUGGp). Kemudian, para pelajar dibawa melawat ke makmal-makmal biologi dan geologi yang terdapat di PPL. En. Wan Mohd Nazir Wan Taha, iaitu Penolong Pegawai Sains PPL turut serta membantu memberi penerangan semasa lawatan di makmal.

 

Laporan oleh Asbiyatulaida binti Derahman.