Lawatan serta Perbincangan Bersama University of Nottingham Malaysia (UNM) dan Koperasi Nelayan Sungai Kubang Badak Berhad

Anjuran: University of Nottingham Malaysia, Koperasi Nelayan Sungai Kubang Badak Berhad dan Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL-UKM)

Tarikh: 13 April 2022

Tempat: UKM Kampus Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah (KTAHMS) dan Pengkalan Jeti Nelayan Kubang Badak, Langkawi, Kedah

 

LANGKAWI, 13 April 2022 – Satu lawatan ke Galeri Penyelidikan Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL-UKM) beserta perbincangan mengenai program tanggungjawab sosial korporat (CSR) anjuran University of Nottingham (UNM) bersama Koperasi Nelayan Sungai Kubang Badak Berhad dan Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL-UKM) telah diadakan di Kubang Badak, Langkawi. Perbincangan yang dihadiri oleh beberapa wakil daripada UNM ini disertai oleh wakil daripada Koperasi Nelayan Sungai Kubang Badak Berhad, En. Sabri Musa (Setiausaha) serta daripada PPL-UKM, iaitu En. Othman Ayeb (Felo Bersekutu) dan En. Nik Mohd Noor Faizul Md Saad (Ketua Pegawai Penyelidik).

 

Laporan disediakan oleh: Asbiyatulaida Derahman