Program Pemerkasaan Renjer Geopark 2018

Anjuran: Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA)

Tarikh: 21 hingga 22 November 2018

Tempat: Tapak Perkhemahan Teluk Mempelam, Kilim, Langkawi.

Bagi pemantapan kakitangan sokongan dalam pengurusan Geopark, Bahagian Geopark LADA telah menganjurkan satu program khusus kepada Renjer Geopark, iaitu Program Pemerkasaan Renjer Geopark 2018. Program ini melibatkan aktiviti perkhemahan dan ekspedisi kayak bagi mempertingkatkan kecergasan mental dan fizikal renjer, disamping sesi perkongsian ilmu dan informasi bersama Presiden Langkawi Tourist Guide Association (LTGA), iaitu En. Othman Ayeb dan wakil daripada Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL), Cik Asbiyatulaida Derahman. Manakala, ekspedisi kayak pula dikoordinasikan oleh wakil LADA, iaitu Cik Noor Hartini Jasni. Selain itu, aktiviti lain yang turut dijalankan termasuklah kemahiran/ikhtiar hidup (survivor skill), aktiviti berkumpulan dan pembentangan kerja dalam kumpulan. Program ini berakhir dengan ucapan penutup serta penyampaian hadiah dan sijil oleh Pengurus Bahagian Geopark LADA, En. Azmil Munif Mohd Bukhari dan En. Suwasdie Che Man (Pegawai Bahagian Geopark).

Sesi perkongsian ilmu bersama Presiden LTGA, En. Othman Ayeb.

Sesi perkongsian ilmu bersama wakil daripada PPL, Cik Asbiyatulaida Derahman.

Ekspedisi kayak dikoordinasikan oleh Cik Noor Hartini Jasni, iaitu wakil daripada pihak LADA.

 

Laporan oleh Asbiyatulaida binti Derahman.