Pertandingan Merekacipta Poster sempena Kempen UKM Bebas Asap Rokok

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Pusat Kesihatan buat julung kalinya menganjurkan Pertandingan Merekacipta Poster sempena Kempen UKM Bebas Asap Rokok. Ayuh, serlahkan kreativiti anda dengan menyertai pertandingan ini.

Panduan Penyertaan:

1. Tema pertandingan adalah UKM BEBAS ASAP ROKOK. Poster hendaklah mengandungi maklumat berkaitan larangan menghisap rokok di dalam UKM.

2. Penilaian akan dibuat berdasarkan aspek:

​a) Illustrasi / Grafik
b) Maklumat

c) Kreativiti persembahan dan susun atur

3. Poster mestilah mempunyai logo UKM dan ruangan untuk logo penaja.

4. Hasil karya hendaklah dihantar kepada pihak penganjur melalui alamat emel ukmbebasasaprokok@gmail.com dalam bentuk salinan lembut (softcopy) mengikut ketetapan yang telah ditentukan.

5. Tarikh akhir penghantaran adalah pada 24 September 2017 dan pemenang akan diumumkan pada 10 Oktober 2017.

6. Sila nyatakan maklumat diri anda seperti nama, UKM Per/No. Pelajar dan no. telefon dalam emel tersebut.

Sekian, terima kasih.

#ukmbebasasaprokok

#pusatkesihatanukm