Pusat Kesihatan Universiti

 Universiti Kebangsaan Malaysia

JAWATANKUASA PENGURUSAN KESIHATAN MENTAL UKM

Jawatankuasa Pengurusan Kesihatan Mental UKM telah ditubuhkan pada penghujung tahun 2020, setelah mendapat kelulusan daripada Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti (MJPU) Bil. 4/2020 bertarikh 18 Februari 2020. Jawatankuasa ini ditubuhkan setelah melihat kepada keperluan untuk mewujudkan polisi dan garis panduan Pengurusan Kesihatan Mental secara menyeluruh di peringkat UKM.

 

Penubuhan jawatankuasa ini telah diterajui oleh mantan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar, Prof. Dato’ Ir. Dr. Othman A. Karim, dan kini sedang dipengerusikan oleh Prof Madya Dr Mohd Suzeren bin Md Jamil, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar. Keahlian jawatankuasa ini terdiri daripada pelbagai latar belakang kepakaran dalam bidang kesihatan mental, serta ketua-ketua pentadbiran dari pelbagai pusat tanggungjawab berkepentingan dalam UKM. Pusat Kesihatan Universiti yang dibawah pimpinan Dr Mohd Azman bin Abas merupakan Sekretariat tetap jawatankuasa.

 

Antara objektif penubuhan jawatankuasa ini adalah:

  • Membangunkan polisi kesihatan mental UKM.
  • Merangka strategi pengurusan kesihatan mental di kalangan kakitangan dan pelajar UKM.
  • Menyelaras dan menyepadukan perkhidmatan rawatan kesihatan mental yang disediakan oleh pelbagai pusat tanggungjawab dalam UKM.
  • Menganalisa data berkaitan pengurusan kesihatan mental untuk penambahbaikan perkhidmatan.

 

Kepakaran ahli-ahli jawatankuasa:

  • Pakar psikiatri
  • Ahli psikologi
  • Kaunseling dalam komuniti
  • Tingkah laku pengambilan alkohol dan dadah
  • Tingkah laku bunuh diri
  • Kaunseling kerohanian

 

Aktiviti-aktiviti jawatankuasa:

  • Forum sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia
  • Fun run
  • Senamrobik
  • Pameran kesihatan mental
  • Bengkel pembangunan polisi kesihatan mental
  • Saringan kesihatan mental di kalangan pelajar baharu UKM

 

 

Translate »