|
Individu yang berminat untuk
membentangkan kertas kerja dengan hormatnya dimohon menghantar abstrak untuk
20 minit
pembentangan (15 minit
pembentangan dan 5 minit
perbincangan) yang berkaitan dengan tema persidangan.
PANDUAN PENGHANTARAN KERTAS KERJA
Manuskrip
Kertas kerja boleh ditulis dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. Manuskrip
perlu dihantar melalui e-mel.
Panjang Kertas Kerja
Kertas kerja tidak melebihi 10 halaman termasuk jadual, rajah dan rujukan dan
ditaip langkau sebaris dengan
font bersaiz 12,
Times New Roman,
menggunakan format Microsoft
Word. Kertas kerja perlu
disusun mengikut aturan: Tajuk, Nama Pengarang, Nama Institusi, Alamat surat
menyurat dan e-mel, Abstrak, Kata Kunci, Teks, Penghargaan dan Rujukan.
Abstrak
Abstrak tidak melebihi 250 patah perkataan. Abstrak perlu mengandungi dapatan
utama dan kesimpulan.
Kata Kunci
Maksimum: 5 mengikut abjad.
Rujukan
Rujukan mestilah mengikut abjad seperti contoh berikut:
Rujukan Jurnal
Musa Ahmad & Ramaier Narayanaswamy. (1996). Sungai dan pantai kuno di kompleks
Delta Kelantan. Sains Malaysiana 25(3): 77-90.
Rujukan Buku
Hairudin Harun. (2006) Kosmologi Melayu Dalam Era Teknologi Maklumat.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Rujukan Bab dalam Buku
Nor Aini Hj Idris. (1997). Tenaga buruh wanita. Dlm. Supian Ali, Rahmah Ismail
dan Muhammad Anuar Adnan. Pembangunan Sumber Manusia di Malaysia. Bangi:
Penerbit UKM.
Rujukan Internet
Clark, J.K. (1999). Humidity sensor. Journal of Physics 2(2): 9-13
http://www.cit.edu/phys/sensor.html [20 Julai 1999]
Organisasi/Institusi
Jabatan Perangkaan Negara. (1993). Laporan banci penduduk dan perumahan
Malaysia 1991. Kuala Lumpur: Jabatan percetakan Negara.
Laporan Kerajaan
Malaysia. (2006). Rancangan
Malaysia Kesembilan 2006-2010.
Jadual
Jadual perlu dinomborkan seperti mana dalam teks.
Rajah
Rajah mengikut format dan perlu jelas.
ABSTRAK
• Artikel sama ada dalam Bahasa Melayu ataupun Bahasa Inggeris
• Abstrak tidak melebihi
250 patah perkataan
• Nama penuh penulis, nama institusi, alamat e-mel, no. telefon
perlu disertakan
Abstrak mesti dihantar melalui e-mel
(salam3ukm@gmail.com)
dalam MS Words. Penghantaran abstrak secara elektronik perlu dilampirkan dan
mempunyai subject header ”salam1” serta termasuk maklumat pengarang seperti di
bawah.
MAKLUMAT PENGARANG
1. Nama
2. Tajuk abstrak
3. Tema
4. Maklumat institusi
5. Alamat surat menyurat
6. Alamat e-mel
MAKLUMAT PERHUBUNGAN
Alamat penghantaran:
salam3ukm@gmail.com
PENERBITAN
Semua kertas kerja yang diterima akan diterbitkan dalam prosiding persidangan.
|