Versi English Laman Web UKM
   

Laman Utama

Pengenalan

Peserta

Panggilan Kertas Kerja

Tarikh Penting

Yuran

Pendaftaran

Penginapan

Hubungi Kami

Jadual Aturcara
 

Untuk paparan terbaik sila gunakan
 Microsoft Internet Explorer
 Versi 5.0 ke atas

 
 


PENGENALAN

Sepanjang sejarah peradaban, manusia telah mengalami sekurang-kurangnya tiga revolusi utama iaitu revolusi pertanian, perindustrian dan maklumat. Kini, abad ke 21 sedang berlaku satu revolusi baru iaitu revolusi GRIN. GRIN merupakan singkatan bagi bidang-bidang genomik, robotik, informasi dan nano-teknologi. Dalam bidang genomik, saintis telah berjaya mengkod lebih kurang 30,000 hingga 50,000 gen yang terdapat pada seseorang individu. Maklumat ini telah membantu saintis dan teknologis mencari penawar pelbagai penyakit yang berkaitan baka, penyelidikan di bidang robotik, telah banyak membantu manusia dalam kehidupan seharian mereka. Ini diikuti kemajuan di dalam bidang informasi yang menjurus kepada keupayaan untuk memanipulasi dan menginterpretasikan segala data yang berkaitan dengan sifat manusia dan sebagainya. Dan akhir sekali bidang nano-kejuruteraan atau kejuruteraan pada tahap halus. Perkembangan pesat dunia sains dan teknologi, menjadikannya satu cabaran besar bagi ahli sains dan teknologis tempatan serta penyelidik, terutama dunia Melayu, untuk bersedia menghadapi perkembangan seperti ini. Ini menunjukkan bahawa bidang sains dan teknologi adalah bidang yang sentiasa mendapat kedudukan yang tinggi di dalam mana-mana kelompok masyarakat disebabkan sumbangan besar kepada manusia termasuklah di alam Melayu. Sejarah juga telah membuktikan dunia Melayu juga merupakan antara penyumbang kepada pembangunan Sains dan Teknologi (S&T) bukan sahaja di Nusantara malah di seluruh dunia di dalam perkrmbangan tamadunnya. Justeru, bermula dengan SALAM 1 dan SALAM 2 yang bertujuan mengetengahkan pencapaian Alam Melayu dalam bidang S&T, mengumpul sumbangan sarjana mengenai S&T dalam Alam Melayu, meningkatkan kefahaman dan pengiktirafan S&T dalam Alam Melayu dan meneroka falsafah S&T dalam masyarakat Melayu, maka SALAM 3 diadakan bagi meneruskan usaha-usaha ini.

 

OBJEKTIF

Objektif persidangan:

  1. Mengetengahkan pencapaian Alam Melayu dalam bidang S&T.

  2. Mengumpul sumbangan sarjana mengenai S&T dalam Alam Melayu.

  3. Meningkatkan kefahaman dan pengiktirafan S&T dalam Alam Melayu.

  4. Mendalami falsafah S&T dalam masyarakat Melayu.

 

TEMA

Tema persidangan  merangkumi perkembangan  Sains dan Teknologi di Alam dan tamadun Melayu termasuk:

  • Sikap orang Melayu terhadap alam.

  • Sumbangan ahli sains Melayu.

  • Biografi sains Melayu.

  • Keperpustakaan sains.

  • Institusi sains.

  • Sains perubatan.

  • Sains pelayaran dan teknologi perkapalan.

  • Sains pertanian.

  • Sains botani.

  • Teknologi pertahanan.

  • Rekabentuk Industri.

  • Puisi-puisi sains.

  • Manuskrip S&T.

Dan lain-lain yang berkaitan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

                                  Hakcipta © 2013/HAMDZUN/SALAM 3