Rumusan
PENGENALAN


PROSES GEMPA
Sesar dan pergerakan
Gelombang seismos dan gerakan bawah tanah
 

PERBANDINGAN GEMPA BUMI
Skala Magnitud Richter
Skala Intensiti Mercalli

KESAN GEMPA
gegaran, rekahan dan anjakan tanah
pencairan tanah

tanah runtuh
kebakaran

tsunami
perubahan rupa bentuk rantau

RISIKO GEMPA
jangka panjang
jangka pendek

KAJIAN KES

RUMUSAN

RUJUKAN

BIOGRAFI

 

 

Gempa bumi adalah satu proses tabii yang membuktikan bahawa bumi ini adalah bersifat dinamik. Iaitu ia terjadi akibat daripada bahan bawah bumi yang sentiasa bergerak. Gempa bumi lebih kita kenali sebagai gegaran bumi yang dapat di rasakan dan di lihat kesannya terhadap permukaan bumi dan struktur binaan manusia. Ia adalah akibat daripada proses semulajadi yang membentuk basin lautan, benua dan gunung-ganang di dunia yang amat mempengaruhi di sepanjang keping litosfera.

Ia berlaku apabila daya tegasan yang wujud untuk menggerakkan keping lebih tinggi daripada daya peretakan batuan atau daya geseran menahan tegasan yang akhirnya menyebabkan daya tegasan ini di lepaskan dan menyebabkan berlakunya pergerakan dengan pantas  sekelip mata. Proses ini berlaku berdasarkan kepada tiga tahap iaitu tahap yang pertama adalah proses pergerakan astenosfera yang berterusan. Manakala tahap yang kedua adalah pengumpulan tegasan yang mana pada  tahap ini kerak telah mengalami peretakan, dan tahap ketiga adalah pelepasan tegasan akibat daripada daya geseran sudah tidak berdaya untuk menahan daya tegasan yang terlampau kuat. Pada tahap ketiga inilah berlakunya sesar dan kerak terputus yang mana menghasilkan gempa bumi dan gegaran yang dapat kita rasai akibat daripada permukaan bumi yang teranjak. Apa yang kita rasai dan terjadi di permukaan bumi sebenarnya adalah kesan sampingan dari aktiviti di bawah bumi.

Titik focus atau hipopusat adalah titik pergerakan yang menyebabkan sesar berlaku atau titik pergerakan terawal di mana sesar di kesan. Tetapi, ia bukanlah tempat di mana gempa bumi berlaku. Manakala permukaan bumi di atas lokasi ini di panggil epipusat gempa. Anjakan sesar boleh berlaku pada skala yang berbeza-beza, bergantung  kepada sifat keanjalan iaitu sifat bahan bumi. Gempa bumi ini lazimnya berlaku di kawasan zon subduksi atau lebih di kenali sebagai ‘Ring Of Fire’. Epipusat tertumpu kepada jalur linear yang melibatkan semua jenis subduksi iaitu samaada di jalur permukaan, jalur penumpuan atau di jalur berselisih.

Apabila jasad bumi patah atau terpisah secara tiba-tiba, tenaga di lepaskan dalam bentuk gelombang seismos. Gelombang ini yang akan menggegarkan bumi sebagai gempa bumi. Gelombang seismos bergerak secara berlainan dalam kerak dan permukaan bumi. Gelombang dalam kerak bumi atau gelombang jasad terdiri daripada gelombang Primer (P) dan gelombang Sekunder (S). Manakala gelombang permukaan terbahagi kepada gelombang Love dan gelombang Reyleigh. Umumnya, gelombang yang lebih memusnahkan adalah gelombang permukaan, kerana ia boleh merosakkan segala-galanya di permukaan walaupun ia lebih perlahan daripada gelombang jasad. Gelombang Love lebih laju daripada gelombang Reyleigh dan melibatkan tanah. Tetapi, adakalanya gelombang jasad dan gelombang permukaan ini tiba pada masa yang sama dan membolehkan ia bergabung menghasilkan gelombang yang lebih tinggi.

Terdapat dua jenis skala yang di gunakan untuk mengukur magnitud gempa. Iaitu Skala Intensiti Mercalli dan Skala Richter. Skala Intensiti Mercalli adalah skala kualitatif yang membahagikan gempa bumi kepada 12 tahap berdasarkan kesan fizikal yang di rasai oleh manusia dan di lihat pada struktur. Manakala Skala Richter pula adalah amplitud tertinggi yang terhasil oleh sesuatu gegaran gempa bumi pada seismograf iaitu alat untuk merekod gempa bumi. Secara umum, jika nilai skala Richter adalah 6, ia adalah gempa sederhana. Manakala lebih daripada 7 adalah gempa bumi major. Faktor yang mempengaruhi jarak berlakunya gempa bumi dari epipusat dan hipopusat adalah bergantung kepada kekuatan gempa bumi dan keadaan medium / bahan bumi.

Apabila bumi meretak, menganjak dan memisahkan permukaan bumi akibat daripada kewujudan sesar, struktur-struktur binaan di kawasan berhampiran akan rosak dan musnah. Bukan sahaja berlaku gegaran, malah berlaku pemadatan di bahagian tetentu tanah dan menambahkan kepadatan liang yang menghasilkan tanah yang tepu air yang mana membolehkan ia bergerak dan mengalami susutan darat kerana ia sudah cair. Kita boleh merasainya dalam bentuk rayapan tanah, rayapan pokok dan rayapan bangunan. Gegaran pula menyebabkan bahagian cerun yang tidak stabil runtuh. Selain itu, kesan sampingan daripada aktiviti gempa adalah kebakaran akibat daripada kebocoran paip gas dan talian elektrik terputus, yang mana menghasilkan kebakaran yang sukar di kawal kerana darurat dari segi tenaga penyelamat dan kelengkapan. Tsunami juga boleh terjadi sekiranya anjakan dan rekahan besar dasar laut menyebabkan air laut jatuh  mengisinya dan hasilnya adalah ombak besar yang boleh mencecah amplitud puluhan kilometer dengan kelajuan sehingga 800 km/j.

Kesan terhadap bencana gempa bumi ini sebenarnya dapat di kurangkan dengan langkah-langkah yang sedang di praktikkan oleh negara-negara maju yang sering mengalami fenomena gempa seperti Jepun dan China. Mereka cuba memahami punca gempa bumi, sifat fizik dan mekanik sesar serta model proses gempa, mengenalpasti potensi gempa bumi, mengenalpasti kawasan aktif seismos, kadar canggaan kerak, paleoseismos dan seterusnya meramal gempa bumi secara jangka pendek dan jangka sederhana. Mereka seterusnya menjangka kesan gempa, retakan dan gegaran berdasarkan sifat bahan bumi kawasan yang mungkin di landa gempa setelah dapat mengenalpasti kawasan target. Penting bagi mereka seterusnya mewujudkan sistem amaran gempa bumi yang efektif dan memindahkan maklumat kepada masyarakat awam.

Manakala untuk keselamatan jangka panjang dan untuk mengelakkan kerugian, perancangan pembangunan guna tanah di kawasan yang di ramal akan di landa gempa boleh di lakukan dengan mengelakkan ia digunakan untuk projek-projek yang akan memberikan kerugian besar akibat bencana ini seperti penempatan, sebaliknya di gunakan sebagai tapak pertanian dengam menanam tanaman yang tidak terlalu merugikan. Selain itu, struktur binaan dan infrastruktur yang di bina di kawasan gempa perlu menggunakan bahan binaan yang tahan terhadap gegaran gempa bumi, iaitu dengan menggunakan bahan yang fleksibel. Masyarakat pula perlu di dedahkan dengan latihan-latihan menjaga keselamatan diri sekiranya berlaku gempa yang mana ia juga mampu meningkatkan kecekapan tenaga manusia di dalam menangani krisis ketika bencana melanda.

Gempa bumi adalah fenomena yang tidak boleh di elakkan, kerana ia adalah terhasil kesan daripada aktiviti pergerakan bahan bawah bumi yang tidak boleh di halang atau di hentikan. Oleh itu, apa yang boleh kita lakukan hanyalah memahaminya, meramal dan seterusnya menyiapkan diri dengan langkah-langkah keselamatan di dalam mengurangkan bencananya terhadap kita.