Kajian Kes
PENGENALAN


PROSES GEMPA
Sesar dan pergerakan
Gelombang seismos dan gerakan bawah tanah
 

PERBANDINGAN GEMPA BUMI
Skala Magnitud Richter
Skala Intensiti Mercalli

KESAN GEMPA
gegaran, rekahan dan anjakan tanah
pencairan tanah

tanah runtuh
kebakaran

tsunami
perubahan rupa bentuk rantau

RISIKO GEMPA
jangka panjang
jangka pendek

KAJIAN KES

RUMUSAN

RUJUKAN

BIOGRAFI


 

Di antara gempa yang terawal direkod adalah yang berlaku di Greece pada 425 BC, menghasilkan Pulau Euboca; yang mana dipercayai gempa bumi telah memusnahkan Bandar Ephesus selepas abad ke 17. Sesetengah gempa bumi telah memusnahkan Rome pada 476 dan Constantinope ( sekarang dikenali sebagai Istanbul) pada 557 dan sekali lagi pada 936. pada pertengahan, terdapat gempa yang melanda England pada 1318, Neptes 1456 dan Lisbon.

Gempa bumi pada 1556 di Shaanxi (Shenxi) satu daerah di China, telah mengorbankan kira-kira 800,00 orang merupakan bencana yang paling besar dalam sejarah geologi.  Pada 1693, gempa di Sicily dianggarkan memunahkan 60,000 kehidupan. Pada awal abad 18, gempa bumi telah meranapkan bandar Edo di Jepun, di mana telah direkodkan seramai 200,000 orang telah kehilangan tempat tinggal. Pada 1775, Bandar Lisbon telah di binasakan oleh gempa dan lebih kurang 60,000 penduduk terkorban. Gegaran juga dapat dikesan pada jarak jauh seperti di tanah jajahan Inggeris.

Quito, ibu negara Ecuador telah alami gegaran gempa pada 1797 dan lebih daripada 40,000 orang mati. Pada kurun ke 20, kawasan yang meliputi sebahagian besar daripda negara yang terdiri India, Iran, Jepun, Turkey, Armenia dan Soviet Union turut dilanda gempa berulang kali. Pada 1920, 2000,000 penduduk mati ekoran daripada gempa yang melanda Daerah Kansu, China dan 70,000 penduduk  terkorban pada 1932. Pada 1976, 240,000 penduduk terbunuh di Tangshan, China. Di Amerika Utara, gempa yang berlaku di San Francisco (1906) menyebabkan kemusnahan yang besar dan meragut lebih kurang 700 nyawa.

1988,gempa melanda Armenia Utara, mengorbankan 25,000 penduduk dan pada 1990, 50,000 terbunuh apabila gempa melanda Rasht, Iran. 1995, Gempa di Kobe Japan meragut lebih kurang 6,000 orang dan lebih daripada 100,00 bangunan telah termusbah. Turkey Utara-Selatan dilanda gempa bumi besar pada Ogos 1999 yang di rekod pada skala 7.4 (skala Richter) dan mengorbankan 10 juta penduduk. Daerah Bengkulu di Sumatera, Indonesia mengalami kesan yang paling buruk akibat daripada gempa bumi pada Jun 2000. Terdapat banyak kemusnahan harta benda. Skala gempa yang di rekodkan sebanyak 7.9 (skala Richter) yang mana ia menunjukkan salah satu gempa yang terbesar dalam dekad ini dan diikuti oleh lebih daripada 1,400 kemusanahan selepas ?gegaran ini.

Di bahagian Gujerat, India, berlaku bencana yang paling besar yang pernah di rekodkan selepas gempa 50 tahun yang mengorbankan lebih daripada 30,000 orang pada Januari 2001. Gempa ini merupakan contoh jenis gempa yang berlaku di kepingan pertengahan ( yang berlaku di tengah keping tektonik) berbanding dengan kawasan yang mudah meruap dengan titik fokus yang cetek di mana kemusnahan yang besar berlaku di permukaan.