Understanding Tax Compliance Behaviour Among Middle-Group (M40) Salaried Individual: Impact of Tax Reward Element

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor, MALAYSIA.

syuhada@ukm.edu.my

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor, MALAYSIA.

fatimahrashid@ukm.edu.my

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor, MALAYSIA.

sakinahwahab@ukm.edu.my

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor, MALAYSIA.

mr_palil@ukm.edu.my

Abstract

Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti faktor yang mempengaruhi tingkah laku pematuhan cukai dalam kalangan individu penggajian kumpulan pertengahan (M40) di Malaysia. Ini memandangkan kumpulan ini seringkali terpinggir dari mendapat manfaat atau bantuan kewangan namun mereka merupakan antara penyumbang pendapatan hasil negara apabila tertakluk kepada Potongan Cukai Bulanan (PCB). Usaha ini diambil bagi lebih memahami pematuhan cukai kumpulan ini dalam usaha memastikan kumpulan ini terus kekal sebagai pembayar cukai patuh. Penumpuan diberikan terhadap tiga strategi sedia ada yang diguna pakai oleh pentadbir cukai di Malaysia iaitu ancaman hukuman (audit dan penalti cukai), pendidikan cukai serta layanan baik oleh pentadbir cukai di samping meneroka potensi penerapan elemen ganjaran cukai dalam bentuk kewangan dan bukan kewangan. Data kajian dipungut menggunakan instrumen soal selidik yang dihantar kepada pembayar cukai individu penggajian yang berada dalam skala pendapatan kumpulan pertengahan (M40) melibatkan kakitangan di Institut Pengajian Tinggi Awam seluruh Malaysia. Berpandukan kepada 352 maklum balas yang diterima, analisis dijalankan menggunakan IBM SPSS bagi menjawab objektif kajian. Hasil analisis regresi berganda menemui strategi ancaman hukuman (audit dan penalti cukai), layanan baik oleh pentadbir cukai serta ganjaran cukai berbentuk bukan kewangan mampu mendorong kepada tingkah laku pematuhan cukai. Sebaliknya faktor pendidikan cukai dan ganjaran cukai bentuk kewangan gagal menemui hubungan yang signifikan. Kajian ini berjaya menambah literatur berkaitan pematuhan cukai melibatkan kumpulan sasar kategori kumpulan pertengahan (M40) di samping menyerlahkan potensi pelaksanaan ganjaran cukai berbentuk bukan kewangan sebagai salah satu strategi dalam persekitaran percukaian di Malaysia. Penemuan kajian ini dapat dijadikan platform dalam menyalurkan input yang relevan kepada pentadbir cukai serta pembuat dasar khususnya Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dalam menilai, menambahbaik serta merangka strategi pematuhan dengan misi membudayakan pematuhan cukai terutamanya dalam kalangan pembayar cukai individu penggajian di Malaysia.

This study is conducted to identify the factors influencing tax compliance behaviour among middle-group salaried individuals in Malaysia. This due to this group is often excluded from receiving benefits or financial assistance; hence, they are among the contributors to the country's revenue since their salaries are subjected to the Monthly Tax Deduction (MTD). This effort is taken to understand the tax compliance of this group better and ensure that this group continues to remain compliant taxpayers. Attention is given to the three existing strategies adopted in Malaysia, namely the threat of punishment (tax audit and penalty), tax education and good treatment by tax authority, as well as exploring the potential implementation of tax reward elements in financial and non-financial forms. Data was collected using a questionnaire instrument sent to salaried individual taxpayers from the middle-group (M40) group from Public Institutes of Higher Learning throughout Malaysia. Based on 352 responses received, an analysis was conducted to answer the research objective. The results of multiple regression analysis found that the threat of punishment (tax audit and tax penalty), good treatment by the tax authority, and tax rewards in the form of non-financial rewards will influence tax compliance behaviour. On the other hand, ax education and financial form tax rewards failed to find a significant relationship. This study succeeded in adding to the literature related to tax compliance involving the target group of the middle-group M40 category and highlighting the potential for implementing non-financial tax rewards as one of the strategies in the tax environment in Malaysia. The findings of this study can be used as a platform to channel relevant inputs to tax authority and policy makers, especially the Inland Revenue Board of Malaysia (IRBM) in evaluating, improving and formulating compliance strategies with the mission of cultivating tax compliance, especially among salaried individual taxpayers in Malaysia.

Keywords

ganjaran cukai, kumpulan pertengahan M40, Pematuhan cukai, pentadbir cukai, strategi pematuhan

DOI

Bibliography

Abu Hassan, N. S., Abdul Rashid, S. F., Abdul Wahab, N., & Palil, M. R. (2025). Memahami Tingkah Laku Pematuhan Cukai Dalam Kalangan Individu Penggajian Kumpulan Pertengahan (M40): Impak Elemen Ganjaran Cukai. Journal of Accounting and Governance, 23.  http://dx.doi.org/10.17576/AJAG-2025-23-4