Enhancing Tax Morale via the Implementation of Tax Reward
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor, MALAYSIA.
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor, MALAYSIA.
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor, MALAYSIA.
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor, MALAYSIA.
Abstract
Isu ketirisan hasil cukai negara disebabkan oleh masalah ketidakpatuhan yang berpanjangan memberi signal akan kemungkinan terdapatnya elemen lain yang perlu diberi perhatian dalam strategi pematuhan sedia ada. Tahap moral cukai yang tinggi terutamanya individu adalah penting dalam meningkatkan tingkah laku pematuhan cukai. Moral cukai merupakan motivasi dalaman untuk memenuhi tanggungjawab percukaian yang boleh didorong dengan strategi pematuhan yang diguna pakai oleh pentadbir cukai. Isu berkaitan peningkatan moral cukai melalui ganjaran cukai khususnya di negara sedang membangun kurang mendapat perhatian dalam kalangan pengkaji. Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti hubungan strategi pematuhan terhadap moral cukai dalam kalangan pembayar cukai individu di Malaysia. Penumpuan diberikan terhadap tiga strategi sedia ada yang diguna pakai di Malaysia iaitu penguatkuasaan (audit dan penalti cukai), pendidikan cukai serta layanan oleh pentadbir cukai di samping meneroka potensi penerapan elemen ganjaran cukai dalam usaha bagi mendorong moral cukai. Data kajian dipungut menggunakan instrumen soal selidik yang dihantar kepada pembayar cukai individu melibatkan ahli akademik Institut Pengajian Tinggi Awam seluruh Malaysia. Berpandukan kepada 501 maklum balas yang diterima, analisis dijalankan bagi menjawab objektif kajian. Hasil analisis regresi berganda menemui strategi penguatkuasaan, pendidikan cukai serta ganjaran cukai terbukti mampu meningkatkan moral cukai individu di Malaysia. Namun, strategi layanan pentadbir cukai yang tidak signifikan memberi isyarat akan keperluan penambahbaikan dalam mutu perkhidmatan yang diberikan. Kajian ini berjaya menambah literatur berkaitan moral cukai dengan mengesahkan pengaruh strategi pematuhan terhadap moral cukai di samping menyerlahkan potensi pelaksanaan ganjaran cukai sebagai salah satu strategi dalam persekitaran percukaian di Malaysia. Penemuan kajian ini dapat dijadikan platform dalam menyalurkan input yang relevan kepada pentadbir cukai serta pembuat dasar khususnya Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dalam menilai, menambahbaik serta merangka strategi pematuhan dengan misi membudayakan pematuhan cukai terutamanya dalam kalangan pembayar cukai individu.
The issue of leakage of the country’s tax revenue due to prolonged non-compliance signals the possibility of other elements to be noted in the existing compliance strategy. A high level of tax morale, especially individuals, is essential in promoting tax compliance behaviour. Tax morale is an intrinsic motivation to fulfil tax obligations which can be driven by compliance strategies implemented by the tax authority. Issues related to enhancing tax morale through tax rewards especially, in developing countries are very lacking in attention among researchers. This study identifies the relationship of compliance strategies towards tax morale among individual taxpayers in Malaysia. Attention is given to three existing strategies that are being implemented in Malaysia, namely enforcement (tax audit and penalty), tax education and treatment by the tax authority, besides exploring the potential implementation of tax reward elements as an effort to encourage tax morale. Data was collected using questionnaire instruments sent to individual taxpayers involving academicians of the Public Institutes of Higher Learning throughout Malaysia. Based on 501 feedbacks received, an analysis was done to answer the research objective. The results of multiple regression analysis found that enforcement, tax education and tax rewards are proven to increase individual tax morale in Malaysia. However, the treatment by tax authority which found insignificant signaled the need for improvement in the quality of services provided. The study succeeded in adding literature regarding tax morale by confirming the influence of compliance strategies towards tax morale as well as highlighting the potential of implementing tax rewards as one of the strategies in Malaysia’s tax environment. The findings of this study can be used as a platform to provide relevant inputs for tax authorities as well as policymakers, especially the Inland Revenue Board of Malaysia (IRBM), in assessing, improving and formulating compliance strategies with the mission of cultivating tax compliance, especially among individual taxpayers.
