Pelajar program Sains Pertuturan UKM sertai Seminar Empower 2023

Berita dan foto oleh Fakulti Sains Kesihatan

CHERAS, 25 Mei 2023 – Seramai 22 orang pelajar dari program Sains Pertuturan Tahun 3 Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menyertai Seminar Empower 2023 yang diadakan di Zecon Hotel and Convention Center HPKK, Kuala Lumpur.

11 daripada 22 pelajar tersebut telah ditaja oleh Excel Qhalif Sdn Bhd, yang merupakan sebuah pusat terapi intervensi untuk kanak-kanak berkeperluan khas seperti autisme, GDD, ADD, ADHD, down syndrome dan lain-lain. Program utama yang dijalankan oleh pusat ini adalah terapi cara kerja, terapi pertuturan, early intervention programme serta playgroup superkiddo.

Seminar Empower 2023 yang mengangkat tema Pencegahan dan Pengurangan Risiko Dementia merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh Pusat Kajian Penuaan Sihat dan Kesejahteraan (H-Care), UKM.

Seminar ini mendedahkan para pelajar tentang strategi, kajian dan inisitaif yang dijalankan untuk mengurangkan dan mencegah demensia.

Pleno-pleno jemputan merupakan pleno daripada UKM, Universiti Malaya, National University Hospital SingaporeNew South Wales University dan Karolinska Institute, Sweden. Semoga para pelajar lebih bersemangat untuk menyertai seminar-seminar yang akan datang selepas menerima penajaan menyertai seminar kali yang pertama ini dalam menambah ilmu pengetahuan berkaitan demensia.

Leave a Reply