Dr Nusaibah Hasilkan Pembalut Luka Guna Habbatus Sauda

Fazrinah Sadiq dan Murniati Abu Karim
Foto Pusat Komunikasi Korporat

BANGI, 1 Disember 2023 – Dr Nusaibah Sallehuddin dari Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berjaya menghasilkan pembalut luka yang mengandungi habbastus sauda sebagai bahan utama.

Menurutnya, pembalut luka yang diperbuat daripada gabungan bahan alami lain seperti iaitu kolagen, gelatin, dan elastin mampu memberikan penyembuhan sepenuhnya untuk luka kulit dalam masa tujuh hari sahaja.

“Habbatus sauda mempunyai sifat antibakteria yang terbukti dapat menghalang jangkitan.

“Melihat daripada aspek fizikal, pembalut luka ini mempunyai nisbah penyerapan air melebihi 1000 peratus, keupayaan biodegrasi lengkap selepas satu minggu, dan tahan suhu tinggi,” katanya.

Penerima Anugerah Emas Sarjana pada Majlis Konvokesyen kali ke-51 itu berkata hasil kajian mendapati bahawa penggunaan pembalut luka ini menunjukkan tiada ketoksikan terhadap sel kulit fibroblas, pelekatan lebih 80 peratus, dan keboleh hidupan sel yang berterusan.

“Pembalut luka ini berpotensi diterokai secara in-vivo dan percubaan klinikal pada masa hadapan,” katanya.

Mempunyai dua orang anak serta perkahwinan jarak jauh tidak menghalang Dr Nusaibah untuk meraih anugerah utama pada konvokesyen kali ini.

“Cabaran ketika belajar sangatlah banyak, enam bulan pertama saya mengambil saya untuk belajar semula seperti organ, kulit dan sebagainya,” katanya.

Tambah beliau, perlu berdisiplin serta semangat kerja pasukan yang tinggi kerana tanpa semua ini tidak akan membuahkan hasil.

Leave a Reply