Jabatan Bendahari Bangunkan Sistem Kewangan Tingkatkan Penjanaan Universiti

Oleh Asmahanim Amir
Foto Izwan Azman

BANGI, 6 Mei 2024 – Jabatan Bendahari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) secara pro-aktif telah menjalankan projek pengkomersialan Sistem Kewangan sebagai langkah awal mendukung agenda Penjanaan Pendapatan (IG) universiti.

Projek tersebut dilakukan dengan kerjasama dengan kerjasama Ikhlas Kekal Sdn Bhd melalui pemeteraian Memorandum Perjanjian Pengkomersialan Sistem Kewangan.

Bendahari UKM, Encik Mohd Azli Mohd Kasirun berkata inovasi projek Sistem Kewangan merupakan sebuah usaha sama dalam membangun dan mengkomersialkan platform perakaunan dan kewangan universiti secara cloud basis.

“UKM merupakan universiti terawal di Malaysia yang menggunakan platform sistem kewangan secara dalam talian dan mula menjadi ikutan (trend setter) kepada organisasi lain,” katanya semasa menyampaikan ucapan di majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian Pengkomersialan Sistem Kewangan dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri Jabatan Bendahari, di Panggung Seni.

Katanya selepas UKM menggunakan sistem ep@UKM, yang juga meruapakan kerjasama dengan Ikhlas Kekal Sdn Bhd, sistem itu turut diguna di beberapa buah universiti lain.

Beliau berharap agar UKM akan dapat terus bekerjasama dengan syarikat Kekal Ikhlas dalam membangunkan sistem-sistem kewangan yang lain.

“Melalui pembangunan sistem ini, kita dapat kongsikan dengan universiti-universiti yang baharu dan melalui ini, kita dapat meningkatkan penjanaan pendapatan UKM,” katanya.

Dokumen MoA itu ditandatanganani oleh Encik Mohd Azli yang mewakili UKM, manakal Ikhlas Kekal Sdn Bhd diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Badlisham Talhah.

Leave a Reply