Majlis Tautan Kasih bersama Media hargai peranan pengamal media massa

Oleh Asmahanim Amir
Foto Izwan Azman

DAMANSARA, 19 April 2023 – Bagi menghargai peranan pengamal media, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah meraikan 170 orang pengamal media cetak, elektronik dan atas talian melalui majlis berbuka puasa di sebuah hotel di Damansara.

Majlis Tautan Kasih bersama Media itu diadakan bagi menzahirkan penghargaan atas segala sumbangan dan kerjasama mereka kepada KPT dan agensi di bawah KPT.

Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Mohamed Khalid Nordin hadir memeriahkan majlis tersebut dan meluangkan masa beramah mesra bersama para pengamal media yang hadir.

Pada majlis itu juga, KPT melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah memberi sumbangan dalam bentuk akaun Simpanan SSPN Prime yang bernilai RM1,000 kepada 10 orang anak-anak pengamal media yang cemerlang dalam pendidikan dan kurang berkemampuan.

Sumbangan Simpanan SSPN diharap dapat meningkatkan motivasi pembelajaran, membantu golongan yang memerlukan dalam aspek pendidikan dan menggalakkan penabungan melalui Simpanan SSPN sekaligus meningkatkan imej positif PTPTN sebagai agensi di bawah KPT. Majlis itu turut dihadiri oleh Naib Canselor UKM, Prof. Dato’ Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj Toriman, selain Ketua Setiausaha KPT, Dato’ Seri Abdul Razak Jaafar, Ketua Setiausaha KPT, pegawai-pegawai kanan Bahagian dan ketua-ketua Jabatan/Agensi di bawah KPT serta Naib-naib Canselor dari universiti awam di sekitar Lembah Klang.

Leave a Reply