Naib Canselor Kunjungi PTJ Sempena Jerayawara Ambang Raya

Oleh Nurnabila Huda Subandry
Foto Ikhwan Hashim

BANGI, 18 April 2023 – Naib Canselor, Prof. Dato’ Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Toriman mengetuai Jelajah Jerayawara Ambang Raya Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sempena perayaan Aidilfitri, hari ini.

Jerayawara ini turut disertai oleh Timbalan-timbalan Naib Canselor serta ahli pengurusan tertinggi UKM dengan menaiki bas mengunjungi sembilan pejabat pentadbiran di sekitar UKM.

Pergerakan bermula di Canselori UKM dimana kesemua penumpang mula menaiki bas untuk mengelilingi UKM.

Jelajah ini bermula dengan lawatan ke Pusanika, Perpustakaan Tun Seri Lanang, Fakulti Sains Teknologi, Bangunan Lingkungan Dua, Fakulti Kejuruteraan Alam Bina, Institute of Microengineering and Nanoelectronics, Wisma Aman, Kolej Keris Mas dan berakhir di Canselori.

Ketika lawatannya, Naib Canselor memberi ucapan raya serta sedikit peringatan ringkas untuk sentiasa berhati-hati ketika menyambut hari raya aidilfitri.

Lawatan ini diadakan untuk menyantuni kakitangan, pegawai dan warga UKM yang sudah bertungkus lumus menjalankan tugas sebelum pulang ke kampung halaman masing-masing untuk menyambut raya. Sementara itu, Pro Naib Canselor (Kampus Kuala Lumpur) Prof Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid turut meluangkan masa untuk mengunjungi warga UKM di kampus Kuala Lumpur sebelum masing-masing bercuti untuk pulang beraya di kampung halaman.

Leave a Reply