MoU antara UKM dan Finexus Sdn. Bhd. buka peluang pekerjaan

Oleh Nurnabila Huda Subandry
Foto Izwan Azman

BANGI, 12 Mei 2023 – Kerjasama yang terjalin antara Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan Finexus Sdn. Bhd. melalui pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) bakal membuka peluang pekerjaan kepada pelajar dan graduan dari UKM.

Naib Canselor Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat, Prof. Dato’ Ts Dr. Norazah Mohd Nordin berkata kerjasama itu adalah bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan dan penjanaan pendapatan UKM .

“MoU ini dianggap sebagai satu jambatan yang mencipta laluan karier yang lebih luas kepada pelajar.

“Terima kasih kepada Finexus Sdn. Bhd. kerana setelah sekian lama pelajar-pelajar UKM menjalani latihan industri di syarikat ini, akhirnya hari ini termeterailah MoU yang dapat membuka peluang kepada pelajar UKM,” katanya semasa menyampaikan ucapan pada Majlis Menandatangani MoU antara UKM dengan Finexus Sdn. Bhd., di sini.

Beliau berkata UKM kini berada pada landasan yang tepat dalam memastikan graduan UKM sentiasa kompeten dan berkemahiran serta mampu memenuhi permintaan dalam pasaran pekerjaan. Majlis yang dianjurkan oleh Pusat Pembangunan Karier (UKM-Karier) telah dihadiri oleh wakil pelajar daripada 13 buah fakulti bagi memberi ruang kepada pelajar dan pihak Finexus Sdn. Bhd. untuk saling bertukar maklumat dan idea.

Leave a Reply