MoU UKM-PACU Tingkat Kebolehpasaran Pelajar

Oleh Murniati Abu Karim
Foto Ikhwan Hashim

BANGI, 11 April 2023 – Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Pusat Kecemerlangan Pendidikan Ummah (PACU) dalam usaha untuk meningkatkan kebolehpasaran pelajar di Fakulti Pengajian Islam (FPI).

Menurut Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi, Prof. Dato’ Dr. Wan Kamal Mujani, ramai pelajar di fakulti ini yang telah menjalani latihan industri dan berkerja dibawah PACU.

Katanya, terdapat beberapa ruang kerjasama antara UKM dan PACU dapat dirangka dan akan dilaksanakan melalui MoU ini.

“Antaranya adalah perlantikan tenaga pengajar kelas mengaji dan tuisyen akademik, membuat modul dan produk khas untuk kelas komuniti, penempatan latihan industri pelajar serta penglibatan warga UKM bersama masyarakat.

Kerjasama ini juga tidak meninggalkan aspek penyelidikan iaitu dengan melaksanakan penyelidikan khususnya dalam membangunkan harta wakaf pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Pihak UKM juga amat mengalu-alukan idea yang boleh diketengahkan bagi memperlihatkan kerjasama ini dapat dilaksanakan bagi pembagunan ummah madani pada masa akan datang,” katanya.

Tambahnya, kepelbagaian inisiatif yang terdapat dalam PACU memberi peluang kepada warga UKM untuk berkhidmat kepada masyarakat secara umum dan kepada dunia pendidikan dan penyelidikan secara khusus.

UKM diwakili oleh Prof. Dato’ Dr. Wan Kamal Mujani sementara itu, PACU diwakili oleh Pengerusinya, Puan Hajjah Asral Widad Hj Ahmad Asnawi.

MoU ini disaksikan oleh Dekan FPI, Prof. Madya Dr. Ahmad Sunawari Long dan Ketua Pegawai Eksekutif PACU, Leftenan Muda Ustaz Mohd Saflie Azwan Imam Safaat.

Hadir sama, Penasihat Syariah PACU, Prof. Dr. Aznan Hassan dan Dekan Pusat Pengajian Citra UKM, Prof. Dr. Khairul Anwar Mastor.

Pada majlis yang sama, beliau turut merasmikan Iftar Amal Perdana PACU.

Leave a Reply