Projek ‘Bantal Terapi’ Bantu Mahasiswa Kurangkan Masalah Tidur

Oleh Yap Siou Jen & Dr. Velan Kunjuraman

Sekumpulan pelajar dari program Antropologi Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengambil inisiatif dengan menghasilkan inovasi ‘bantal terapi’ untuk membantu mahasiswa yang menghadapi tekanan akademik dan masalah tidur akibat beban kerja yang berat.

Projek di bawah kursus Sosiologi Desa itu bertujuan untuk meningkatkan kesejahteraan fizikal dan mental mahasiswa dengan meningkatkan kualiti tidur serta mengurangkan masalah kesihatan seperti sakit leher atau bahu.

Melalui inisiatif tersebut, ia dapat membantu mahasiswa dalam peningkatkan daya fokus dan prestasi akademik dalam pelajaran dan kehidupan harian.

Projek itu dimulakan dengan penyelidikan untuk mengenal pasti kriteria bantal yang sesuai, kemudian reka bentuk prototaip dibangunkan. Selepas ujian awal, dana dikumpul untuk menghasilkan produk dalam skala kecil dan merancang sesi sumbangan kepada mahasiswa desa UKM.

Bagi mendapatkan maklum balas produk ini, seorang pelajar yang sering menghadapi tekanan fizikal dan mental sepanjang berada di kampus daripada program telah dipilih bagi memberi maklum balas keberkesanan bantal terapi yang dihasilkan.

Projek tersebut bukan sahaja menyumbang kepada kesejahteraan mental dan fizikal mahasiswa desa, tetapi juga dapat membantu dalam mengurangkan isu kesihatan mental dalam kalangan pelajar dengan memerlukan kos yang paling minimum.

Leave a Reply