UKM Lakar Sejarah Terima Anugerah BrandLaureate

Oleh Siti Aishah Mohd Yusof
Foto Ikhwan Hashim

KUALA LUMPUR, 30 Ogos 2022 – Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melakar sejarah manis apabila berjaya merangkul Anugerah BrandLaureate BestBrands Awards 2021-2022 bagi kategori Nation’s Pride yang diumumkan baru-baru ini.

Naib Canselor, Prof. Dato’ Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Toriman berkata  anugerah tersebut memberi penghormatan kepada jenama cemerlang di Malaysia untuk menunjukkan peningkatan dalam mempromosi serta memperkasakan penjenamaan mereka.

“Penganugerahan ini antara lain mengiktiraf sumbangan UKM kepada masyarakat selari dengan objektif asal penubuhan universiti ini iaitu dari rakyat untuk rakyat.

“Semoga anugerah ini menjadi pemangkin kecemerlangan UKM dalam mencapai lebih banyak kejayaan pada masa mendatang,” katanya.

Beliau juga berharap agar anugerah yang diterima itu mampu menjadi pemangkin buat semua warga UKM untuk meneruskan lagi usaha bagi memperbaiki pencapaian yang sedia ada.

Majlis yang dianjurkan oleh The World Brands Foundation (TWBF) itu merupakan salah satu anugerah penjenamaan yang paling berjaya di peringkat dunia dengan membawa tema “The Greatest Quest for Your Brand Is To Be Great. To Be Great Again!”. Majlis yang diadakan di Hotel Majestic, Kuala Lumpur itu turut dihadiri oleh Timbalan-timbalan Naib Canselor dan pengurusan tertinggi UKM.

Leave a Reply