UKM Teroka Kajian Minyak Pati Tumbuhan

BANGI, 20 Mei 2022- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kini meneroka pembangunan kaedah memprofil metabolit daripada pelbagai minyak pati tumbuhan yang berpotensi digunakan dalam penghasilan produk minyak pati.

Kajian tersebut dibuat melalui Institut Biologi Sistem (INBIOSIS) yang memeterai kerjasama penyelidikan bersama Narinar Group Sdn. Bhd, baru-baru ini.

Menurut sumber, kerjasama antara NARINAR GROUP Sdn. Bhd dengan INBIOSIS melibatkan projek bertajuk “Chemical Composition Analyses of the Plants Essential Oils”.

“Kajian ini melibatkan pembangunan kaedah memprofil metabolit daripada pelbagai minyak pati tumbuhan yang berpotensi digunakan dalam penghasilan produk minyak pati oleh NARINAR GROUP Sdn. Bhd.

“Kajian ini juga mengenal pasti mutu dan kualiti minyak pati yang dihasilkan oleh tumbuhan terpilih dalam produk yang dibangunkan oleh NARINAR Sdn Bhd,” sumber dipetik sebagai berkata.

Projek yang diketuai oleh Prof Madya Dr Syarul Nataqain Baharum ini menerima dana sebanyak RM 20,000.00 bagi tempoh tiga tahun.

Pihak INBIOSIS juga akan menjalankan analisis metabolomik menggunakan Metabolomics Module yang telah dibangunkan oleh kumpulan metabolomiks INBIOSIS.

Jalinan kerjasama ini juga bersetuju mewujudkan Makmal Interim di INBIOSIS dan juga di FGV selain menyakiskan pertukaran penyelidik dan pelajar.

Leave a Reply