UKMShape Tubuh Pasukan Jelajah Jom Masuk UKM 2023 x Suria.fm Wheels

Oleh Asmahanim Amir
Foto Ikhwan Hashim

BANGI, 3 Ogos 2023 – Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Profesional (UKMShape) menubuhkan pasukan Jelajah Jom Masuk UKM 2023 x Suria.fm Wheels bagi mendekati bakal pelajar di seluruh Semenanjung Malaysia.

Naib Canselor, Prof. Dato’ Gs. Ts. Dr Mohd Ekhwan Toriman berkata UKMShape akan menjelajah beberapa negeri mengikut zon, bermula dengan zon timur di Kuantan dan Kuala Terengganu, zon selatan di Johor Bahru dan Melaka, zone utara di Alor Setar dan Pulau Pinang, dan zon tengah di UKM, Bangi.

“Jalajah ini akan mempelawa bakal-bakal pelajar terutamanya mereka yang berhast untuk menyambung pengajian di peringkat ijazah pertama, kedua dan ketiga di UKM.

“Saya yakin dengan penampilan dan inovasi baharu daripada UKMShape ini, lebih ramai lagi para pelajar akan berpeluang untuk menyambung pengajian di UKM melalui saluran komersial,” katanya semasa menyampaikan ucapan pada Majlis Pelancaran Jelajah Jom Masuk UKM 2023 x Suria.fm Wheels, di sini, hari ini.

Beliau berkata program jelajah itu juga dapat membantu universiti bukan sahaja dari segi penambahan bilangan pelajar, tetapi memberi peluang kepada para pelajar merasai sistem pengajaran dan pembelajaran kelas pertama di universiti watan ini.

“Saya ucapkan terima kasih dan syabas kepada seluruh warga UKMShape yang bertungkus lumus bagi menjayakan misi Jom Masuk UKM 2023 ini.

“Kita yakin, kita boleh bukan sahaja menjelajahi mereka semua (bakal pelajar) mengikut zon, tetapi mempelawa mereka untuk sama-sama menyertai kita menjadi warga UKM,” katanya.

Program Jelajah Jom Masuk UKM 2023 x Suria.fm Wheels itu akan memulakan ekspidisi jelalahnya bermula 8 Ogos ini dan berakhir pada 2 September 2023.

Leave a Reply