BORANG PERLINDUNGAN DATA PERIBADI (PDP) UNTUK INDIVIDU
Untuk memproses permohonan ini dan selanjutnya meneruskan pelaksanaan perjanjian-perjanjian kontrak yang dimeterai antara anda dan mana-mana entiti dalam ekosistem PERTUBUHAN AKADEMIA KESELAMATAN SIBER MALAYSIA kami mungkin perlu mendedahkan data peribadi anda kepada entiti-entiti lain dalam ekosistem PERTUBUHAN AKADEMIA KESELAMATAN SIBER MALAYSIA dan pihak-pihak luar yang lain.
Pihak luar yang kami dedahkan data peribadi anda mungkin termasuk tetapi tidak terhad kepada (1) LETAK PIHAK YANG BERKENAAN (secara kolektif, “Pihak Luar”). Pihak Luar ini boleh mencari, menyimpan, mengekalkan dan/atau memproses data peribadi anda di dalam atau di luar Malaysia.)
Di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi (Akta PDP) 2010, kami dikehendaki memperolehi persetujuan jelas anda apabila kami mengumpul dan memproses data peribadi sensitif anda. Kami mengumpul data peribadi sensitif anda untuk menilai permohonan anda dan untuk mentadbirkan produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan yang anda telah meterai perjanjiannya.
Dari masa ke semasa, kami, termasuk entiti lain dalam ekosistem PERTUBUHAN AKADEMIA KESELAMATAN SIBER MALAYSIA atau rakan kongsi strategik yang kami mempunyai hubungan berkenaan produk, perkhidmatan dan promosi tertentu (secara kolektif, “Entiti-entiti Lain”) mungkin memiliki maklumat tentang produk-produk, perkhidmatan-perkhidmatan dan promosi-promosi yang mungkin menarik minat anda. Untuk mendapatkan maklumat sedemikian, persetujuan anda diperlukan untuk kami memproses, mendedah dan/atau berkongsi maklumat/data anda dengan entiti-entiti Lain. Selanjutnya, sila letakkan pilihan anda dengan menandakan kotak berkenaan dalam deklarasi di bawah.
Deklarasi:
Dengan menandatangani borang ini, saya mengisytiharkan bahawa saya telah baca dan fahami serta bersetuju untuk tertakluk kepada Notis Privasi PERTUBUHAN AKADEMIA KESELAMATAN SIBER MALAYSIA dan saya menyatakan persetujuan dan memberi kuasa kepada PERTUBUHAN AKADEMIA KESELAMATAN SIBER MALAYSIA:
Untuk meminta dan memperolehi kesemua maklumat dan data peribadi dalam borang ini bagi tujuan memproses permohonan ini dan semua tujuan-tujuan lain yang diperlukan berkaitan dengan mana-mana produk, perkhidmatan dan promosi yang ditawarkan oleh kami;
Untuk mendedahkan data peribadi saya kepada Entiti-entiti Lain dan Pihak Luar apabila dikehendaki bagi tujuan yang dinyatakan didalamnya; dan/atau
Untuk mengumpul dan memproses data sensitif peribadi saya untuk tujuan permohonan ini yang mana berkaitan.
Dengan menandatangani borang ini, saya/kami seterusnya mengesahkan bahawa kesemua data peribadi yang saya/kami telah berikan adalah semuanya benar, terkini dan tepat. Sekiranya terdapat apa-apa perubahan pada mana-mana data peribadi saya/kami, saya/kami akan memaklumkan kepada PERTUBUHAN AKADEMIA KESELAMATAN SIBER MALAYSIA dengan serta merta.
Dengan menandatangani borang ini, saya/kami menyatakan persetujuan untuk PERTUBUHAN AKADEMIA KESELAMATAN SIBER MALAYSIA memproses data peribadi saya/kami untuk tujuan promosi dan pemasaran.