Buletin Sekretariat Penyelidikan dan Inovasi 2024

Buletin ini mendokumentasikan aktiviti-aktiviti penyelidikan yang dijalankan oleh warga Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP) sepanjang tahun 2024. Pelbagai bengkel dan seminar telah dianjurkan pada tahun ini. Antaranya ialah Taklimat Etika Penyelidikan, Taklimat Bimbingan Harta Intelek dan Pengkomersialan, Bengkel Penyelidikan Dibantu Kecerdasan Buatan (AI), Bengkel Penulisan Buku Bahasa Melayu, Bengkel Penulisan SLR, Kursus Penyelidikan Kualitatif, serta Kursus Penggunaan STATA dalam Penyelidikan dan Penerbitan.

Selain itu, tiga persidangan utama telah dianjurkan, iaitu Persidangan SAFAG 2024, Persidangan IMAC ke-11, dan Persidangan MFAIC ke-26 bersama ICGloBDE 2024. Sesi perkongsian Profesor Ikhtisas, Datuk Dr. Kamarudin bin Min, turut diadakan sebagai usaha memperkukuh pembangunan penyelidikan universiti. Sesi perkongsian geran antarabangsa dan geran industri juga telah dilaksanakan bagi memberikan panduan praktikal serta mengukuhkan keupayaan dan keyakinan peserta dalam memohon pembiayaan penyelidikan.

Bagi memperkukuh keupayaan penyelidik dan pelajar pascasiswazah dalam menghasilkan penyelidikan bertaraf dunia, program bersama tiga profesor pelawat telah dijalankan. Antara pengisian program bersama profesor pelawat ialah sesi penilaian artikel secara individu bersama ahli pusat kajian, bengkel penambahbaikan artikel, dan sesi perkongsian ilmu di peringkat fakulti.

Edisi penuh Buletin HEPI 2024 boleh didapati di pautan berikut: Pautan Buletin HEPI