#FEPterkedepan

 #FEPterkedepan

Latarbelakang Kualiti

DASAR KUALITI PENSIJILAN MS ISO 9001:2008
PENGURUSAN PENGAJIAN PRASISWAZAH DAN SISWAZAH

Bertekad menyediakan perkhidmatan secara profesional untuk menjamin dan mengawal kualiti pengurusan pengajian prasiswazah dan siswazah bertaraf dunia serta menambah baik secara berterusan di samping menepati keperluan pelanggan dan keperluan berkanun.

OBJEKTIF KUALITI PENSIJILAN MS ISO 9001:2008
PENGURUSAN PENGAJIAN PRASISWAZAH DAN SISWAZAH

1. Memastikan program pengajian secara kerja kursus disemak semula sekurang-kurangnya sekali dalam masa 5 tahun.

a) Program siswazah kerja kursus yang mengambil masa 1 – 2 tahun boleh disemak dalam masa kurang 5 tahun.

b) Program yang tertakluk kepada keperluan badan berkanun / profesional perlu mematuhi kitaran yang ditetapkan.

c) Data yang perlu dikumpul adalah dalam bentuk senarai program pengajian yang telah disemak dan diluluskan oleh Senat.

2. Memastikan pengiklanan penawaran program dalam media cetak dan elektronik disahkan oleh Fakulti/Institut/Pusat.

a) PTJ perlu mengesahkan maklumat / iklan tentang penawaran program pada setiap semester.

b) Objektif ini meliputi PPS, BPA dan PKP yang menjalankan pengiklanan dan memerlukan pengesahan daripada Fakulti/Institut/Pusat.

c) Data yang diperlukan ialah rujukan surat pengesahan daripada Fakulti/Institut/Pusat.

3. Memaklumkan tawaran kemasukan pelajar baru selewat-lewatnya dua minggu sebelum tarikh mula semester atau tarikh pendaftaran untuk program pengajian secara tesis.

a) Data yang dikumpul adalah peratusan pelajar yang mendaftar dalam masa 2 minggu sebelum tarikh di atas daripada PPS, BPA, PKP dan UKM-GSB.

4. Menghebah maklumat pendaftaran kepada pelajar lama sekurang-kurangnya tiga minggu sebelum tarikh pendaftaran.

5. Memastikan pendaftaran pelajar dilaksanakan seperti perancangan.

a) Perancangan merujuk kepada kalendar sesi akademik UKM / Fakulti yang diluluskan Senat.

b) Data yang dikumpul adalah peratusan pelajar yang tidak mendaftar mengikut perancangan daripada PPS, BPA, PKP dan UKM-GSB serta semua fakulti yang menggunakan kalendar akademik khusus (FPER, FGG, FSSK dan FKAB).

6. Mengendalikan kursus selaras dengan perancangan pengajaran.

a) Kursus boleh berbentuk kuliah, kerja lapangan, amali, tutorial dan lain-lain.

b) Data yang dikumpul adalah fail kursus yang lengkap berbanding dengan jumlah kursus yang ditawarkan di Fakulti/institut/Pusat pada semester berkenaan.

7. Mencapai skor kepuasan pengajaran di Fakulti/Pusat/Institut secara purata melebihi 70%.

a) Data yang dikumpul menerusi SPPK hanya mengambil kira bahagian A untuk pengendalian kursus (tidak termasuk soalan infrastruktur) dan bahagian C untuk penilaian pensyarah.

8. Memastikan peratusan pelajar yang gagal menamatkan pengajian dalam tempoh maksimum pengajian tidak melebihi 10%.

a) Tempoh maksimum pengajian tidak termasuk tempoh penggantungan pengajian.

b) Data yang dikumpul adalah peratusan pelajar yang gagal menamatkan pengajian dalam tempoh maksimum berbanding dengan jumlah pelajar yang mendaftar pada semester berkenaan.

9. Memaklumkan jadual peperiksaan kepada pelajar sekurang-kurangnya seminggu sebelum peperiksaan bermula.

a) Data yang dikumpul adalah tarikh jadual dikeluarkan bagi peperiksaan berjadual untuk program kerja kursus sahaja.

10. Memastikan tiada kesilapan dalam kertas soalan.

a) Data yang dikumpul adalah bilangan kursus yang dilaporkan kesilapannya berbanding dengan bilangan kursus keseluruhan pada semester berkenaan.

b) Fakulti/Institut/Pusat perlu bincang dengan urusetia peperiksaan berjadual di BPA tentang kategori kesilapan.

11. Memastikan tiada kesilapan dalam pemarkahan peperiksaan dan pemasukan gred.

a) Data yang dikumpul adalah bentuk bilangan gred yang diubah berbanding gred keseluruhan yang dikeluarkan.

12. Memaklumkan keputusan peperiksaan kepada pelajar sebelum semester bermula.

a) Data yang dikumpul adalah tarikh pemakluman keputusan peperiksaan.

13. Memastikan tesis diperiksa dan dinilai dalam tempoh masa tiga bulan selepas tesis dihantar kepada pemeriksa.

a) Tempoh 3 bulan merujuk kepada tarikh surat penghantaran tesis kepada pemeriksa sehingga tarikh penerimaan laporan pemeriksa.

b) Data yang dikumpul adalah tempoh penerimaan laporan Pemeriksa Dalam dan Luar bagi tesis yang telah dinilai.

14. Memaklumkan kepada pelajar tarikh penerimaan ijazah selewat-lewatnya sebulan sebelum majlis konvokesyen tertakluk kepada kelulusan Senat.

a) Data yang dikumpul adalah tarikh surat pemakluman daripada PPS, BPA, PKP dan UKM-GSB.

15. Memastikan skrol sedia untuk diedarkan selewat-lewatnya seminggu selepas majlis konvokesyen.

a) Data yang dikumpul adalah tarikh skrol mula boleh diambil oleh pelajar kecuali pelajar antarabangsa yang membuat keputusan untuk mengambil skrol yang lebih awal dan tidak menghadiri majlis konvokesyen.

b) Data yang dikumpul daripada PPS, BPA, PKP dan UKM-GSB.