Audit SIRIM Pensijilan Semula SPK PPP tahun 2024 

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

YBhg. Prof./YBrs. Dr./Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Dengan ini dimaklumkan bahawa Audit SIRIM Pensijilan Semula SPK PPP tahun 2024 akan diadakan seperti maklumat yang berikut:

Tarikh:      21 – 22 Mac 2024 (Khamis – Jumaat)
Masa:       9.30 pagi – 4.00 petang
Tempat:   Bilik Mesyuarat 1, Aras 6, FEP UKM

Sukacitanya memohon jasa baik YBhg. Prof./YBrs. Dr./Tuan/Puan agar dapat meluangkan masa untuk hadir dan bersiap sedia bagi menjayakan Audit Pensijilan Semula SPKPPP UKM 2024 ini. Kehadiran dan kerjasama  YBhg. Prof./YBrs. Dr./Tuan/Puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Turut dilampirkan slaid Taklimat Persediaan Audit Pensijilan Semula SPKPPP UKM 2024 dan Audit Plan daripada pihak Kualiti-UKM untuk perhatian dan tindakan pihak terlibat.

Sebarang makluman terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Sekian, terima kasih.

(Visited 1 times, 1 visits today)