Kertas Ilmiah merupakan kursus teras dalam program Ijazah Sarjana Muda Pertadbiran Perniagaan dengan Kepujian dan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dengan Kepujian. Penulisan kertas akademik memberi kelebihan besar dengan menghubungkan teori ekonomi kepada penyelesaian isu semasa secara praktikal. Ia memperkukuh kemahiran digital, memupuk kepimpinan dan kebertanggungjawaban, serta meningkatkan kemahiran kendiri untuk kerjaya.
SINOPSIS KURSUS:
Kursus ini menyediakan platform kepada pelajar untuk melaksanakan penyelidikan kendiri secara beretika dan profesional di bawah pantauan penyelia. Pelajar dapat mengaplikasikan pengetahuan tentang pengurusan dan pentadbiran perniagaan menerusi penyelidikan untuk menghasilkan kertas penyelidikan yang berbentuk kajian lapangan. Pelajar akan diselia oleh seorang pensyarah dalam bidang berkaitan untuk menghasilkan laporan bertulis dan pembentangan yang akan dinilai oleh penyelia dan pakar bidang dari fakulti.
PENYELIA:
Staf Akademik Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan dan Keusahawanan
SINOPSIS KURSUS:
Kertas ilmiah merupakan hasil penulisan berbentuk esei panjang. Panjang esei ini tidak melebihi 40 halaman bertaip berjarak dua baris atau tidak melebihi 8,000 perkataan. Isi kandungannya perlu meliputi latar belakang, rasional kajian, tujuan kajian, metodologi, analisis dan rumusan kajian.
PENYELIA: