Skip to main content

Fakulti Ekonomi & Pengurusan

KURSI, ENDOWMEN & WAKAF

LATAR BELAKANG

Kursi Endowmen MPOB-UKM merupakan inisiatif kerjasama antara Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang bertujuan memperkukuh penyelidikan, pembangunan serta penyebaran ilmu berkaitan industri sawit. Kursi ini telah dirasmikan pada 5 Julai 2012. Ia memberi tumpuan kepada pelaksanaan penyelidikan berimpak tinggi khususnya dalam bidang ekonomi, pengurusan dan kelestarian yang menyelesaikan isu-isu utama dalam industri sawit. Selain itu, Kursi Endowmen MPOB-UKM turut menggalakkan kerjasama strategik antara pihak akademia, industri dan pemegang taruh di peringkat nasional serta antarabangsa, serta menyebarkan hasil penyelidikan melalui penerbitan, seminar dan pelbagai program libat urus bagi menyokong kemajuan industri sawit negara. Kursi ini juga melaksanakan program komuniti bersama pekebun kecil, komuniti setempat serta golongan muda bagi meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan industri sawit dan peranannya dalam pembangunan ekonomi negara.

HUBUNGI

Kursi Endowmen MPOB-UKM
Aras 3, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan,
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor, MALAYSIA

Tel: 603 – 89213401
E-mel: kursimpobukm@ukm.edu.my
Laman web: https://www.ukm.my/kursimpobukm/

Profesor Madya Dr. Norlin Khalid
Pengurus MPOB-UKM

Puan Sakinah Alias
Pegawai Tadbir
sakinahalias@ukm.edu.my

Cik Ajlaa Bazilah Mohd Taufik
Pegawai Tadbir
ajlaabazilah@ukm.edu.my

LATAR BELAKANG

Yayasan Tun Ismail Mohamed Ali (YTI) ditubuhkan pada 10 Oktober 1999 untuk memperingati sumbangan dan dedikasi Tun Ismail Mohamed Ali kepada PNB sebagai Pengerusi PNB yang pertama. YTI ditubuhkan dengan tujuan untuk menerima dan mentadbir dana untuk pendidikan melalui pemberian biasiswa kepada pelajar cemerlang yang mempunyai tempat di universiti berprestij di luar negara. Di samping itu, YTI telah menubuhkan Kursi Professorial atas nama Tun Ismail Mohamed Ali di universiti-universiti tempatan seperti yang ditentukan oleh Pemegang Amanah. Memorandum Perjanjian antara Yayasan Tun Ismail Mohamed Ali Berdaftar dan Universiti Kebangsaan Malaysia telah dibuat pada 18 Disember 2000. Penubuhan Kursi Cemerlang di UKM, bertujuan untuk memperkayakan harta penyelidikan dan penerbitan dalam bidang analisis pelaburan, Prestasi pelaburan, Pengurusan dana, Analisis demografi pelabur, Analisis perancangan kewangan dan pelaburan, yang dapat memberi manfaat kepada pembangunan negara secara umum.

OBJEKTIF

  1. Analisis Pelaburan

  2. Prestasi Pelaburan

  3. Pengurusan Dana

  4. Analisis Demografi Pelabur

  5. Analisis Perancangan Kewangan dan Pelaburan

HUBUNGI

Sekretariat Kursi Kecemerlangan YTI-UKM
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 UKM, Bangi Selangor, MALAYSIA

E-mel: kursiytiukm@ukm.edu.my
(attn: Mrs. Farah Dilla)
Tel: +603-89213697
Fax: +603-89251821
Laman web: https://www.ukm.my/yti-fepukm/

Profesor Dr. Aisyah Abdul Rahman
Pengurus YTI-UKM

Puan Siti Farah Dilla Zakaria
Pengawai Tadbir
farahdilla@ukm.edu.my

LATAR BELAKANG 

Dana Endowmen merupakan satu instrumen kewangan strategik yang diwujudkan bagi memastikan kelestarian dan kesinambungan pembiayaan jangka panjang sesuatu organisasi. Dana ini berfungsi sebagai tabung amanah di mana sumbangan yang diterima sama ada daripada individu, korporat, atau institusi dilaburkan secara berhemah dan patuh syariah bagi menjana pulangan yang mampan.

Hasil daripada pelaburan tersebut kemudiannya disalurkan untuk menyokong pelbagai inisiatif bernilai tambah seperti pembangunan ekonomi, pendidikan, penyelidikan, kebajikan sosial, serta program pemerkasaan komuniti. Pendekatan ini membolehkan organisasi mencapai impak yang lebih meluas, sambil mengekalkan integriti kewangan dan prinsip kelestarian jangka panjang.

Dana Endowmen Ekonomi Halal Merupakan salah satu dana endowmen yang tersenarai di bawah Yayasan Canselor UKM sebagai sebahagian daripada inisiatif kursi dan dana endowmen universiti untuk menyokong aktiviti akademik dan pembangunan ilmu UKM.

Penubuhan Dana Endowmen Ekonomi Halal yang berfokus kepada pemerkasaan aktiviti akademik, intelektual dan kemasyarakatan melalui penyediaan kerjasaam pembangunan kapasiti dan meliputi pengumpulan dana. Fokus utama penubuhan ini adalah untuk mewujudkan persekitaran yang menyediakan sumber yang diperlukan untuk mengembangkan pembangunan ekonomi halal (ruang komersial) disamping menyediakan ruang latihan dan keusahawanan bagi pembangunan kapasiti warga FEP dan pelajar khususnya dalam Ekonomi Halal.

Dana Endowmen Ekonomi Halal berperanan sebagai pemangkin utama dalam memperkukuh ekosistem halal. Melalui pengurusan dana yang telus, strategik dan berasaskan nilai Islam, dana ini bukan sahaja menyokong pertumbuhan sektor halal, malah memupuk budaya tanggungjawab sosial dan pembangunan berterusan sejajar dengan aspirasi Malaysia sebagai hab halal global.

HUBUNGI

Sekretariat DEEH
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 UKM, Bangi Selangor, MALAYSIA

E-mel: syafirulzarif@ukm.edu.my

Dr. Suhaili Alma’amun
Pengurus DEEH

Encik Mohammad Syafirul Zarif Saleh Hudin
Pegawai Tadbir
syafirulzarif@ukm.edu.my

LATAR BELAKANG

Centre for Advancement of Social Business (CASB) ditubuhkan pada penghujung 2011 di bawah seliaan UKM–CESMED. Dengan objektif untuk membangunkan model perniagaan sosial di Malaysia, CASB telah merancang dan melaksanakan beberapa aktiviti berkaitan. Namun aktiviti tersebut tidak dapat mencapai pulangan yang optimum berikutan kekangan tertentu; antaranya (1) kurangnya sumber dalaman dari sudut kewangan dan modal insan; dan (2) kurangnya keterlibatan CASB secara langsung dengan pemegang taruh.

Menyedari potensi sebenar CASB, pihak pengurusan universiti merasakan keperluan untuk penambahbaikan di peringkat pengurusan dan pendekatan. Penjenamaan semula CASB kepada YCSB@UKM dibawah seliaan FEP diyakini boleh melonjakkan potensi sebenar model perniagaan sosial di Malaysia melalui dua tunjang utama: keterlibatan dan kolaborasi dengan pemegang taruh, dan komitmen modal insan dan penjawatan.

OBJEKTIF

Perancangan aktiviti utama dari YCSB@UKM bertujuan untuk meningkatkan profil pusat dan universiti. Malah tutur menjana keperluan kewangan pusat yang terdiri daripada empat kegiatan utama, antaranya;

  1. Membina dan menerapkan kesedaran berkaitan perniagaan sosial kepada komuniti menerusi program promosi, pendidikan, jerayawara (roadshow) dan jaringan.
  2. Program pembangunan dan latihan perniagaan sosial kepada komuniti.
  3. Penyelidikan yang meliputi kajian berkaitan pembangunan sosial melalui perniagaan, kajian keperluan komuniti dan kajian impak perniagaan sosial terhadap komuniti
  4. Program penjanaan kewangan dan pembangunan YCSB@UKM.

Pusat ini bertanggungjawab untuk mempromosikan dan menggalakkan perniagaan sosial di Malaysia. Ia juga akan menjadi badan yang memberikan khidmat bantuan kepakaran kepada mana-mana agensi kerajaan atau swasta serta individu yang berminat untuk menjalankan perniagaan sosial di Malaysia.

HUBUNGI

Sekretariat YCSB@UKM
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 UKM, Bangi Selangor, MALAYSIA

E-mel: yunusukm@ukm.edu.my
Laman web: 
https://www.facebook.com/yunuscentre
forsocialbusinessukm/

Dr. Ahmad Monir Abdullah
Ketua YCSB@UKM
ahmadmonirabdullah@ukm.edu.my

LATAR BELAKANG

Jawatakuasa Khidmat Budi berhasrat untuk menubuhkan dana wakaf di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan UKM yang berfokus kepada pendanaan wakaf tunai yang kepada pemerkasaan aktiviti kebajikan, pembangunan dan pendidikan.Segala aktiviti di bawah Dana Wakaf Khidmat Budi ini akan dilaksanakan berteraskan aktiviti yang menjamin kestabilan ekonomi, kesihatan & kesejahteraan, komuniti & Sosial dan pendidikan. Ini meliputi bidang Sains dan Teknologi, dan Sains Kemanusiaan.Terdapat empat bidang tujahan utama di bawah entiti ini iaitu (1) polisi dan dasar, (2) penciptaan kekayaan, (3) kemampanan melalui adaptasi teknologi baharu, dan (4) komuniti serta masyarakat umum.

OBJEKTIF

i. Membantu dari segi pendidikan dan penyelidikan dengan menawarkan kepakaran dan akses kepada pendidikan tinggi bagi menaik taraf pendidikan warga UKM dan masyarakat umum.

ii. Membantu dalam kesejahteraan ekonomi dengan membuka peluang pekerjaan khususnya dalam bidang keusahawanan bagi menjamin kestabilan dan kesaksamaan pendapatan isi rumah.

iii. Membantu dalam usaha penjagaan kesihatan dan kesejahteraan dengan memberi akses kepada keperluan asas, perlindungan sosial dan jaminan makanan.

iv. Membantu komuniti dan sosial dengan memberi sokongan dan memperbanyakkan aktiviti dengan keterlibatan komuniti termasuklah alumni.

CADANGAN PROJEK WAKAF

i. Dana Wakaf ini diwujudkan bagi membantu untuk mendapatkan pendanaan wakaf tunai bagi melaksanakan program di bawah teras aktiviti Khidmat Budi.

ii. Dana yang dikumpulkan akan dilaburkan dan hanya keuntungan pelaburan yang akan digunakan bagi menggerakkan aktiviti di bawah Dana Wakaf Khidmat Budi.

iii. Antara teras aktiviti Khidmat Budi adalah (i) My Digital Budi, (ii) pendidikan warga, (iii) kesejahteraan komuniti, (iv) hal ehwal pelajar, dan (v) keusahawanan.

MANFAAT

Penubuhan Wakaf Khas Khidmat Budi ini secara khususnya akan memberikan manfaat kepada golongan pelajar, warga emas, orang kurang upaya dan orang asli dari segi kestabilan ekonomi, pendidikan, kesihatan & kesejahteraan dan komuniti & sosial.

HUBUNGI

Sekretariat DWKB
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 UKM, Bangi Selangor, MALAYSIA

E-mel: syafirulzarif@ukm.edu.my

Encik Mohammad Syafirul Zarif Saleh Hudin
Pegawai Tadbir
syafirulzarif@ukm.edu.my

MPOB - UKM

MALAYSIA PALM OIL BOARD @ UKM

YTI- UKM

YAYASAN TUN ISMAIL ALI @ UKM

YCSB @ UKM

YUNUS CENTRE SOCIAL BUSINESS @ UKM

DEEH

DANA ENDOWMEN EKONOMI HALAL

DWKB

DANA WAKAF KHIDMAT BUDI