Majalah INSAN dengan terbitan berkala sebanyak dua kali setahun merupakan inisiatif Pusat Penciptaan Nilai dan Kesejahteraan Insan (INSAN), Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP) untuk menyediakan platform bagi warganya untuk mengetengahkan kepakaran dan hasil penyelidikan melalui penulisan artikel majalah bermutu berbentuk popular untuk bacaan umum.
Majalah INSAN telah dilancarkan pada 21 September 2021 oleh Prof. Dato’ Ir. Dr. Hj. Abdul Wahab Mohammad, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Universiti Kebangsaan Malaysia dengan tema Membugar Kesejahteraan dalam Ranjau Perubahan yang mempunyai 17 tajuk hasil nukilan ahli INSAN.
Majalah INSAN juga akan diterbitkan setiap tahun seterusnya memberi peluang kepada ahli INSAN untuk menulis serta berkongsi pandangan tentang isu semasa dan topik-topik yang relevan dalam masyarakat berkaitan tema.
Usaha ini diteruskan di bawah Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan dan Keusahawanan untuk menjadikan penerbitan ini menjadi penulisan popular untuk masyarakat.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pegawai eksekutif:
Puan Syahida Zainal Abidin
Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan dan Keusahawanan,
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan,
Universiti Kebangsaan Malaysia.
E-mel: 4pk.fep@ukm.edumy