Fakulti Ekonomi & Pengurusan

CHAIRS AND ENDOWMENTS

LATAR BELAKANG

Memorandum Perjanjian antara Yayasan Tun Ismail Mohamed Ali Berdaftar dan Universiti Kebangsaan Malaysia telah dimeterai pada 18 Disember 2000. Penubuhan Kursi Terbilang YTI di UKM bertujuan untuk memperkayakan khazanah penyelidikan dan penerbitan dalam bidang-bidang berikut: analisis pelaburan, prestasi pelaburan, pengurusan dana, analisis demografi pelabur, serta analisis perancangan kewangan dan pelaburan, demi manfaat pembangunan negara secara keseluruhan.

Skop aktiviti Kursi adalah seperti berikut:

  • Aktif dan dipacu oleh PNB,

  • Kesinambungan aktiviti tidak bergantung semata-mata kepada kehadiran pemegang Kursi,

  • Aktiviti distrukturkan secara sistematik dan merangkumi perancangan jangka panjang.

OBJEKTIF

  • Analisis Pelaburan

  • Prestasi Pelaburan

  • Pengurusan Dana

  • Analisis Demografi Pelabur

  • Analisis Perancangan Kewangan dan Pelaburan

YTI

Yayasan Tun Ismail Mohamed Ali (YTI) telah ditubuhkan pada 10 Oktober 1999 bagi memperingati sumbangan dan dedikasi Allahyarham Tun Ismail Mohamed Ali kepada PNB sebagai Pengerusi PNB yang pertama serta kepada negara secara amnya. YTI ditubuhkan dengan objektif untuk menerima dan mentadbir dana pendidikan melalui pemberian biasiswa kepada pelajar cemerlang yang mendapat tempat di universiti terkemuka di luar negara.

Selain itu, YTI telah menubuhkan Kursi Profesor atas nama Tun Ismail Mohamed Ali di universiti tempatan seperti yang ditentukan oleh Pemegang Amanah. YTI mempunyai empat (4) Kursi Profesor di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK).

YTI juga menganjurkan Siri Syarahan Awam YTI sebagai sebahagian daripada perkongsian ilmu dengan masyarakat sivil. Di samping itu, YTI membiayai tujuan pendidikan lain yang ditentukan oleh Pemegang Amanah, termasuk penyediaan geran penyelidikan dari semasa ke semasa bagi menerajui penyelidikan akademik dalam bidang yang diluluskan oleh Pemegang Amanah.

LATAR BELAKANG 

Dana Endowmen merupakan satu instrumen kewangan strategik yang diwujudkan bagi memastikan kelestarian dan kesinambungan pembiayaan jangka panjang sesuatu organisasi. Dana ini berfungsi sebagai tabung amanah di mana sumbangan yang diterima sama ada daripada individu, korporat, atau institusi dilaburkan secara berhemah dan patuh syariah bagi menjana pulangan yang mampan.

Hasil daripada pelaburan tersebut kemudiannya disalurkan untuk menyokong pelbagai inisiatif bernilai tambah seperti pembangunan ekonomi, pendidikan, penyelidikan, kebajikan sosial, serta program pemerkasaan komuniti. Pendekatan ini membolehkan organisasi mencapai impak yang lebih meluas, sambil mengekalkan integriti kewangan dan prinsip kelestarian jangka panjang.

Dana Endowmen Ekonomi Halal Merupakan salah satu dana endowmen yang tersenarai di bawah Yayasan Canselor UKM sebagai sebahagian daripada inisiatif kursi dan dana endowmen universiti untuk menyokong aktiviti akademik dan pembangunan ilmu UKM.

Penubuhan Dana Endowmen Ekonomi Halal yang berfokus kepada pemerkasaan aktiviti akademik, intelektual dan kemasyarakatan melalui penyediaan kerjasaam pembangunan kapasiti dan meliputi pengumpulan dana. Fokus utama penubuhan ini adalah untuk mewujudkan persekitaran yang menyediakan sumber yang diperlukan untuk mengembangkan pembangunan ekonomi halal (ruang komersial) disamping menyediakan ruang latihan dan keusahawanan bagi pembangunan kapasiti warga FEP dan pelajar khususnya dalam Ekonomi Halal.

Dana Endowmen Ekonomi Halal berperanan sebagai pemangkin utama dalam memperkukuh ekosistem halal. Melalui pengurusan dana yang telus, strategik dan berasaskan nilai Islam, dana ini bukan sahaja menyokong pertumbuhan sektor halal, malah memupuk budaya tanggungjawab sosial dan pembangunan berterusan sejajar dengan aspirasi Malaysia sebagai hab halal global.

 

OBJEKTIF

 
 

LATAR BELAKANG

Centre for Advancement of Social Business (CASB) ditubuhkan pada penghujung 2011 di bawah seliaan UKM–CESMED. Dengan objektif untuk membangunkan model perniagaan sosial di Malaysia, CASB telah merancang dan melaksanakan beberapa aktiviti berkaitan. Namun aktiviti tersebut tidak dapat mencapai pulangan yang optimum berikutan kekangan tertentu; antaranya (1) kurangnya sumber dalaman dari sudut kewangan dan modal insan; dan (2) kurangnya keterlibatan CASB secara langsung dengan pemegang taruh.

Menyedari potensi sebenar CASB, pihak pengurusan universiti merasakan keperluan untuk penambahbaikan di peringkat pengurusan dan pendekatan. Penjenamaan semula CASB kepada YCSB@UKM dibawah seliaan FEP diyakini boleh melonjakkan potensi sebenar model perniagaan sosial di Malaysia melalui dua tunjang utama: keterlibatan dan kolaborasi dengan pemegang taruh, dan komitmen modal insan dan penjawatan.

OBJEKTIF

Perancangan aktiviti utama dari YCSB@UKM bertujuan untuk meningkatkan profil pusat dan universiti. Malah tutur menjana keperluan kewangan pusat yang terdiri daripada empat kegiatan utama, antaranya;

  1. Membina dan menerapkan kesedaran berkaitan perniagaan sosial kepada komuniti menerusi program promosi, pendidikan, jerayawara (roadshow) dan jaringan.
  2. Program pembangunan dan latihan perniagaan sosial kepada komuniti.
  3. Penyelidikan yang meliputi kajian berkaitan pembangunan sosial melalui perniagaan, kajian keperluan komuniti dan kajian impak perniagaan sosial terhadap komuniti
  4. Program penjanaan kewangan dan pembangunan YCSB@UKM.

Pusat ini bertanggungjawab untuk mempromosikan dan menggalakkan perniagaan sosial di Malaysia. Ia juga akan menjadi badan yang memberikan khidmat bantuan kepakaran kepada mana-mana agensi kerajaan atau swasta serta individu yang berminat untuk menjalankan perniagaan sosial di Malaysia.