Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Sarjana Kejuruteraan dalam Kejuruteraan Mekanikal

Program Kerja Kursus

Sepenuh Masa : 1 – 2 tahun
Separuh Masa : 2 – 4 tahun
40 Jam Kredit

Mengenai Kursus

Sarjana Kejuruteraan dalam Kejuruteraan Mekanikal ditawarkan oleh Jabatan Kejuruteraan Mekanik dan Bahan sebagai program kerja kursus. Program ini meliputi kursus-kursus teras bidang kejuruteraan mekanikal iaitu termobendalir, mekanik gunaan, bahan dan proses termaju. Dalam kursus-kursus tersebut, pelajar didedahkan kepada trend dan isu terkini dalam bidang yang dipelajari. Pelajar turut didedahkan kepada pengurusan penyelidikan dan aspek keusahawanan.

Keperluan Akademik

  • PNGK 2.50 dan ke atas daripada universiti yang diiktiraf; atau

  • PNGK 2.00 – 2.49 daripada universiti yang diiktiraf dengan sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman kerja; atau

  • Minimum PNGK 3.00 daripada universiti yang diiktiraf bagi calon dengan latar belakang bukan kejuruteraan; atau

  • PNGK 2.99 dan ke bawah daripada universiti yang diiktiraf bagi calon dengan latar belakang bukan kejuruteraan dan 5 tahun pengalaman kerja.

Syarat Bergraduat

Penilaian kursus dijalankan tanpa peperiksaan.

Kursus Teras

  • Kaedah Penyelidikan untuk Sains dan Teknologi

  • Kaedah Komputeran Kejuruteraan

  • Instrumentasi Termaju 

  • Teknologi Metalurgi dan Reka bentuk Aloi Lanjutan

  • Rekabentuk Kejuruteraan Mekanikal

  • Sistem Tenaga Terma

  • Projek Sarjana I & II

Kursus Elektif

  • Kejuruteraan Forensik

  • Proses Pembuatan Lestari

  • Teknologi Bahan

  • Keutuhan Permukaan

  • Aliran Berkelajuan Tinggi

  • Aplikasi Termo Bendalir dalam Kenderaan

  • Interaksi Bendalir-Struktur

  • Mesin Turbo

  • Dinamik Sistem Pelbagai Jasad dan Getaran

  • Mekanik Pepejal Lanjutan

  • Teknologi Pemantauan Sistem Mekanikal

  • Analisis Isyarat Mekanikal

  • Mekatronik dan Sistem Fizikal Siber

  • Matematik Gunaan Lanjutan

  • Internet Pelbagai Benda dan Aplikasi Industri

  • Kecerdasan Buatan dan Analitik Data

  • Pengkomputeran Awan

Yuran

Sebarang pertanyaan sila hubungi