1. | Program pengajian disemak semula sekurang-kurangnya sekali setiap lima tahun sekali. (F/I/P) |
|---|
2. | Akreditasi penuh atau audit pemantauan program pengajian dijalankan sebelum tarikh luput tempoh akreditasi program berkenaan. |
|---|
3. | Tawaran kemasukan kepada pelajar baharu prasiswazah sekurang-kurangnya 85% daripada unjuran yang diluluskan oleh Senat. (Akademik UKM & UKMSHAPE) |
|---|
4. | Semua program yang ditawarkan memenuhi bilangan minimum pelajar yang ditetapkan. (F/I/P) |
|---|
5. | Mengendalikan program pengajian selaras dengan perancangan pengajaran Fakulti/Institut/Pusat dengan sekurang-kurangnya 50% kursus memenuhi keperluan pembelajaran teradun. (Pengajaran UKM) |
|---|
6. | Hasil pembelajaran kursus penentu diukur melalui peperiksaan dan/atau kaedah pentaksiran sumatif yang ditetapkan seperti di dalam proforma kursus. (F/I/P – Prasiswazah) |
|---|
7. | Peperiksaan lisan tesis/disertasi diadakan dalam tempoh sebulan selepas laporan pemeriksaan tesis/disertasi diterima. (F/I/P) |
|---|
8. | Peratusan pelajar yang menamatkan pengajian adalah sekurang-kurangnya : (F/I/P) - 15% untuk pelajar pascasiswazah menamatkan pengajian dalam tempoh yang ditetapkan atau sebelum tarikh konvokesyen pelajar.
- 90% pelajar prasiswazah menamatkan pengajian dalam tempoh yang ditetapkan mengikut kohort pelajar.
|
|---|