Sarjana Kejuruteraan dalam Kejuruteraan Awam
Program Kerja Kursus
Sepenuh Masa : 1 – 2 tahun
Separuh Masa : 2 – 4 tahun
40 Jam Kredit
Mengenai Kursus
Sarjana Kejuruteraan dalam Kejuruteraan Awam telah direka untuk memenuhi keperluan pembangunan berterusan jurutera profesional dan pihak industri. Salah satu objektif pendidikan yang dinyatakan adalah "untuk menghasilkan graduan yang mampu untuk menjadi pakar dalam bidang khusus dalam Kejuruteraan Awam”. Untuk membantu mencapai matlamat ini, program ini menawarkan empat modul pengkususan iaitu 1) Struktur dan Pembinaan Komposit, 2) Sumber Air Lestari, 3) Geoteknik dan, 4) Pengangkutan. Calon perlu dengan jayanya melengkapkan 33 jam kredit (11 kursus) kerja kursus dengan mendapat minimum PNGK 3.0 dan melengkapkan sejumlah 12 jam kredit Projek Penyelidikan 1 dan Projek Penyelidikan 2. Sebelas (11) kerja kursus mengandungi satu (1) kursus citra universiti, dua (2) kursus teras, empat (4) kursus wajib modul dan empat (4) kursus elektif modul. Pengenalan kepada pengkhususan bukan sahaja memenuhi matlamat pendidikan dan hasil pembelajaran tetapi ia juga membantu graduan untuk mendapat pekerjaan dalam bidang yang diminati. Melalui penawaran kursus wajib dan elektif modul dalam program ini juga membolehkan lebih fleksibiliti dalam membina satu program pendidikan untuk memenuhi keperluan pelajar dan majikan.
Keperluan Akademik
PNGK 2.50 dan ke atas daripada universiti yang diiktiraf; atau
PNGK 2.00 – 2.49 daripada universiti yang diiktiraf dengan sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman kerja; atau
Minimum PNGK 3.00 daripada universiti yang diiktiraf bagi calon dengan latar belakang bukan kejuruteraan; atau
PNGK 2.99 dan ke bawah daripada universiti yang diiktiraf bagi calon dengan latar belakang bukan kejuruteraan dan 5 tahun pengalaman kerja.
Syarat Bergraduat
Penilaian kursus dijalankan tanpa peperiksaan.
Kursus Teras
Kaedah Penyelidikan dan Inovasi
Projek Penyelidikan 1 & 2
Inovasi dalam Bahan Pembinaan dan Struktur
Pemodelan Air Bandaran
Ujian dan Instrumentasi Geoteknikal
Reka Bentuk dan Bahan Pembinaan Jalan Raya
Pengurusan dan Pelaksanaan Projek
Kursus Elektif
Teori Struktur Lanjutan
Kaedah Unsur Terhingga dalam Kejuruteraan Struktur
Beban Ekstrem pada Struktur
Reka Bentuk Struktur Konkrit Prategasan
Reka Bentuk Struktur Konkrit Bertulang Lanjutan
Bangunan Tinggi dan Kejuruteraan Angin
Struktur Jambatan
Forensik, Penilaian dan Penyelenggaraan Struktur Konkrit
Cerun dan Struktur Penahan
Reka Bentuk Struktur Komposit Keluli dan Konkrit
Kejuruteraan Asas Lanjutan
Hidrologi Air Permukaan
Pengangkutan Sedimen
Kejuruteraan Air Bawah Tanah Lanjutan
Teknologi Geospatial
Kejuruteraan Sungai
Perancangan Sumber Air
Sebarang pertanyaan sila hubungi