Program Mobiliti Universiti Jiaxing

Closing Ceremony – JIAXING UNIVERSITY Undergraduate FKAB Mobility
Pada 20 Februari 2026, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB), Universiti Kebangsaan Malaysia telah melabuhkan tirai program mobiliti pelajar bersama delegasi Jiaxing University. Sepanjang program ini, para pelajar berpeluang menjalani pengalaman pembelajaran rentas budaya, perkongsian ilmu serta aktiviti akademik dan sosial yang bermakna. Hubungan kerjasama ini bukan sahaja memperkukuh jaringan antarabangsa, malah membuka ruang kolaborasi masa hadapan yang lebih luas antara kedua-dua institusi.
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga ukhuwah dan kerjasama ini terus mekar.